Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Roti Canai Dan Nasi Lemak Dinobatkan Sebagai Juara Sepanjang Tahun 2023!

Citarasa Rakyat Malaysia: Roti Canai Dan Nasi Lemak Dinobatkan Sebagai Juara Sepanjang Tahun Sempena Penutupan Tirai Tahun 2023 Foodpanda!

by Aphit J.
December 23, 2023
Share on Facebook

Sebagai penghargaan istimewa untuk pelanggannya, foodpanda dengan bangga memperkenalkan foodpanda Rewind 202.

Mengikut Jumlah Pesanan Makanan

Ia berdasarkan tinjauan eksklusif ke atas jumlah pesanan pelanggan, makanan paling popular, sajian, barangan runcit yang paling diminati, dan banyak lagi, di mana semuanya dapat diakses melalui aplikasi.

Maklumat yang diperibadikan ini memberi refleksi kepada pelanggan mengenai sejauh mana mereka bergantung kepada foodpanda untuk menghantar hidangan kepada orang tersayang dan juga menjadi pilihan utama apabila rasa lapar melanda.

Selain itu, foodpanda juga menyingkap trend makanan dan barangan runcit paling popular untuk tahun 2023, yang kesemuanya ditempah oleh pelanggan mereka.

Senarai Makanan Popular 2023

via Foodpanda

Sama ada anda memerlukan snek ketika lewat malam, sarapan pagi yang lazat, atau bergegas untuk mendapatkan barangan runcit pada saat akhir, foodpanda telah menjadi rakan setia anda tahun ini.

Makanan Paling Popular Tahun 2023
1. Roti Canai
2. Sate
3. Nasi Goreng Kampung
4. Roti Telur
5. Nasi Lemak

Mengakhiri tahun ini, makanan nombor satu yang paling diminati dan paling kerap ditempah tidak lain dan tidak bukan adalah Roti Canai.

Ia diikuti oleh makanan kegemaran tempatan yang lain, seperti Sate, Nasi Goreng Kampung, Roti Telur dan Nasi Lemak.

Menjadi Pilihan Rakyat Malaysia

via Foodpanda

Pengiktirafan sebagai Roti Terbaik No. 1 di dunia oleh Taste Atlas menjadikannya pilihan utama dalam kalangan masyarakat tempatan dan merupakan ruji masakan.

Koyakkan roti yang lembut itu, cicah ke dalam kari pilihan anda, dan rasai gabungan perisanya yang menakjubkan.

Dari Sate yang dibakar dengan sempurna, sehingga kelazatan perisa Nasi Goreng Kampung dan aroma wangi Nasi Lemak, makanan ikonik ini mencerminkan kekayaan dan kepelbagaian makanan Malaysia, dan foodpanda menghantar makanan tempatan dengan harga berpatutan ini terus ke depan pintu pelanggan.

Fakta menarik: Roti Canai dan Nasi Goreng mendominasi tempahan untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

Ini membuktikan rakyat Malaysia menggemari hidangan ini yang bukan sahaja memuaskan selera pada bila-bila masa sepanjang hari!

Error happened.
FoodPanda
https://lomp.at/h7xis
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara