Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“You Don’t Have To Work To Be Rich”- Tipu Mangsa Dengan Kongsi Tips Jadi Kaya Seperti Neelofa, ‘Scammer’ Pancing Peminat

by Puteri Alia
January 17, 2024
Share on Facebook

Kecanggihan teknologi pada masa kini bukan sekadar membawa kebaikan kepada pengguna, tetapi juga mendedahkan masyarakat kepada umumnya kepada penjenayah siber.

Teknologi kecerdasan buatan (AI) contohnya memberi peluang kepada penjenayah siber seperti scammer mempergunakan wajah dan suara orang lain untuk mengaut keuntungan dengan cara mudah.

Antara yang paling kerap menjadi mangsa kini adalah beberapa artis terkenal tanah air.

Usahawan selebriti Noor Neelofa mengingatkan orang ramai agar tidak menekan butang klik pada pautan dihantar sindiket pelaburan atas talian atau scammer dalam Instagram yang cuba memperdayakan wang menggunakan namanya.

Katanya, segala paparan artikel palsu dihantar pihak terbabit yang menyatakan dia berjaya meraih pendapatan lumayan hanya dengan klik pada pautan tersebut hanya mahu memancing mangsa.

“Kalau sesiapa baca ini, atau ternampak tajaan iklan serta berita dalam Instagram seperti saya tunjukkan ini, itu semua adalah adalah scam.

“Tolong jangan tekan link (pautan) dalam artikel itu, antaranya sebab temu bual itu cuma naratif mereka sendiri untuk menipu orang Malaysia.

“Dengan kes ‘interview’ yang sangat palsu serta pautan diberi itu untuk curi duit anda semua, jangan terpedaya dengan konten artikel yang semuanya palsu,” katanya dalam Instagram.

Amaran yang dibuat isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail itu turut disertakan paparan artikel serta gambar palsu seperti didakwanya.

Topik Berkaitan Penampilan Neelofa Cetus Perdebatan Netizen Di IG?-"Nampak Bentuk.."

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, itulah modus operandi digunakan scammer supaya orang tertarik dengan iklan mendapatkan wang menerusi cara mudah.

“Ramai orang tertipu sekarang dengan scammer. Minta semua hati-hati dengan konten palsu seperti itu.

“Ini salah satu cara atau jalan untuk membuatkan orang percaya kononnya saya buat duit hanya melalui pautan tersebut,” ujarnya.

Sebelum ini, foto video dan suara Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor kerap dijadikan modal pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan menipu orang ramai.

Terbaharu, videonya digunakan untuk menjual dan mempromosikan pakaian dalam wanita sehingga dia menyelar tindakan scammer berkenaan sama seperti golongan terlaknat, Yahudi.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
neelofascammer
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Kim Kardashian, Kardashians
Spotlight

Kim Kardashian Tak Main-Main, Jumlah Pengasuh Untuk Anak Buat Ramai Terkedu!

by Nurul A.
October 5, 2026

Bintang realiti "Kardashians" dan pengasas SKIMS, Kim Kardashian mempunyai empat orang anak, hasil perkahwinannya dengan bekas suami, Kanye West. Dengan...

Read moreDetails
Imran Khan
Spotlight

Aktor Imran Khan ‘Diusir’ Dari India Selepas Sertai Protes Politik

by Nurul A.
October 20, 2026

Aktor Bollywood Imran Khan dilaporkan telah diminta untuk meninggalkan India menjelang akhir Oktober selepas pihak berkuasa mendakwanya melanggar peraturan imigresen....

Read moreDetails
Tun Dr. Mahathir
Spotlight

Tun Dr. Mahathir Dimasukkan Ke IJN

by Nurul A.
September 30, 2026

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) dilaporkan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani pemerhatian...

Read moreDetails
wanita hari ini, whi
Spotlight

Wajah Baharu, Lebih Segar & Padat- Wanita Hari Ini Inspirasi Tanpa Sempadan

by Nurul A.
September 11, 2026

Program bual bicara wanita popular TV3, Wanita Hari Ini (WHI) bakal tampil dengan wajah baharu menerusi pendekatan yang lebih segar...

Read moreDetails
Putera mahkota
Spotlight

[FOTO] Momen Comel, Putera Mahkota Jordan & Putera Mateen ‘Dating’ Bawa Anak

by Nurul A.
October 2, 2026

Sebuah pertemuan antara keluarga diraja Brunei dan Jordan telah mencuri perhatian ramai. Menerusi perkongsian gambar di Instagram, Putera Mahkota Jordan,...

Read moreDetails
Spotlight

11 Tayangan Baharu Netflix Yang Patut Kamu Tonton Pada September Ini!

by Nurul A.
August 28, 2026

September bermula dengan drama yang mendebarkan, komedi yang menggelikan hati, dan rancangan kegemaran keluarga di Netflix. 11 Tayangan Menanti Penonton...

Read moreDetails
Miss World, Miss World Paraguay
Spotlight

[VIDEO] Buat Isyarat Tangan Semasa Miss World 2026, Sikap Miss World Paraguay Tuai Kontroversi

by Nurul A.
September 8, 2026

Walaupun Miss World 2026 sudah pun berakhir, namun drama yang berlaku di acara akhir pentas berprestij itu masih lagi menjadi...

Read moreDetails
Foto - @hi_songjoongki (IG) / @joy_undo (X)
Spotlight

[VIDEO] Nama Song Hye Kyo Disebut, Reaksi Song Joong Ki Jadi Perhatian

by Nurul A.
October 21, 2026

Di platform X, tular sebuah video yang memaparkan aktor Korea Selatan, Song Joong Ki disapa peminat di tepi jalan. Namun...

Read moreDetails
Pemuja Syaitan
Filem

Zul Ariffin, Elizabeth Tan & Nadhir Nasar Hidupkan Misteri “Pemuja Syaitan” Di Layar Perak

by Nurul A.
September 18, 2026

Sesuatu yang mengerikan bakal menanti penonton menerusi filem horror terbaharu, "Pemuja Syaitan", arahan Liyana Jasmay yang diperkenalkan secara rasmi kepada...

Read moreDetails
JENNIE
Spotlight

JENNIE Dihentam Kerana OST “Steps”, Apa Kaitannya Dengan Justin Tranter?

by Nurul A.
October 19, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, JENNIE, telah dikritik selepas dilaporkan muncul dalam runut bunyi untuk filem animasi Netflix, "Steps". Apa Kaitan OST...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara