Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Buat 4 Rutin Ini Sebelum Tidur, Esok Pagi Bangun Kulit Bersih Bersinar

by Rory Kim
February 4, 2024
Foto - Twitter

Foto - Twitter

59
KONGSIAN
Share on Facebook

Tak susah sebenarnya nak jaga kulit, asalkan kamu tahu jenis dan masalah kulit, lakukan research dengan banyak menonton video dan membaca… semuanya semudah ABC.

Hah Miss Murai nak kongsi rutin penjagaan yang paling mudah dan berkesan kamu boleh cuba. Hanya menggunakan produk terbaik yang kamu boleh dapat di farmasi pada harga berpatutan. Setiap malam buat empat rutin ini, esok pagi kamu bangun dengan kulit yang glowing.

Jom hadam betul-betul maklumat di bawah.

Cosrx Low pH Good Morning Gel Cleanser

Foto – Cosrx

Bersihkan kulit kamu setiap hari dengan pembersih gel yang lembut dan berkesan ini pada siang dan malam. Ia baik untuk menghilangkan kekotoran sambil menguatkan skin barrier kulit kamu. Bila kamu pakai, kulit akan terasa lembut, bersih tanpa sebarang kerengsaan.

Cosrx Propolis Synergy Toner

Foto – Cosrx

Apa kelebihan toner dengan ekstrak propolis ini? Ekstrak propolis kaya dengan vitamin B untuk menyuburkan cahaya yang sihat dan mengimbangi semula kulit yang kehilangan lembapan. Toner ini meresap jauh ke dalam kulit dengan meningkatkan keanjalan dan mengurangkan kemerahan. Ia memberikan faedah anti-radang dan antibakteria, serta meningkatkan imuniti kulit dari persekitaran luar.

Cosrx Snail Mucin Essence

Foto – Cosrx

Produk magik dengan pati lendir siput yang luar biasa mampu menyerap ke dalam kulit untuk memberikan cahaya semula jadi, menenangkan kulit yang kemerahan, sensitif akibat jerawat dan menambah kelembapan.

Cosrx Snail Mucin All in One Cream

Foto – Cosrx

Diperkaya dengan 92% rembesan lendir siput, krim ini melakukan semuanya pada kulit kamu. Mampu menghidrat secara mendalam untuk menggebukan kulit dari dalam, meningkatkan keanjalan dan menenangkan kulit yang kemerahan dan sensitif akibat jerawat dengan menambah kelembapan penting. Ringkasnya, krim ini untuk kesan anti-penuaan, penjagaan jerawat dan pelembapan yang menenangkan.

Jadikan empat langkah mudah dan berkesan ini sebagai rutin setiap malam, nescaya kamu gembira bangun pada esok hari.

Kulit yang sihat, bersih dan bercahaya, buat kamu lebih yakin.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
glass skinproduk cosrx
https://lomp.at/swzhi
Share24Tweet15SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem