Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Diperguna Seperti Tiada Hati Dan Perasaan, Misya Kecewa Marissa Dan Aslam Muncul Bergambar Bersama

by Puteri Alia
March 7, 2024
70
KONGSIAN
Share on Facebook

Pempengaruh media sosial, Misya Mazlan, yang juga madu kepada Marissa Dania Hakim, mengungkapkan rasa kesalnya terhadap tindakan satu jenama pakaian yang menggunakan namanya untuk mempromosikan koleksi raya mereka.

Misya, yang berusia 25 tahun, tidak dapat menyembunyikan perasaannya dan menyuarakan kekecewaannya terhadap jenama tersebut. Baginya, kejadian ini menunjukkan kurangnya sensitiviti terhadap situasi yang sedang dialaminya dalam rumah tangganya.

“Dalam dunia perniagaan, saya faham bahawa terdapat pelbagai strategi pemasaran yang digunakan. Namun, saya tidak pernah terfikir bahawa ia akan mencapai tahap ini, terutamanya berkaitan dengan sensitiviti orang sekeliling dan keadaan yang sedang berlaku pada masa ini.

“Saya hanya berharap agar Allah melindungi kita semua dari situasi yang tidak diingini. Kekecewaan adalah sesuatu yang wajar, namun kita harus ingat bahawa segala sesuatu akan berlalu dan kita memiliki kuasa untuk memilih bagaimana kita ingin bereaksi terhadapnya,” ungkap Misya.

“Tapi, segala yang Allah aturkan pasti ada kebahagiaan untuk ciptaan-Nya,” tulisnya di Instagram Story (IGs).

Difahamkan, Misya tidak tahu menahu yang suaminya, Mohd Aslam dan Marissa terbabit dalam penggambaran produk sama.

Terdahulu, satu jenama pakaian tempatan teruk dikecam netizen kerana mengambil Marissa dan Aslam sebagai wajah koleksi raya, tahun ini.

Difahamkan, Misya sanggup menolak satu tawaran jenama besar kerana Marissa terbabit dengan jenama berkenaan. Sekiranya tahu Marissa turut terbabit dengan projek sama, Misya pasti menolaknya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aslamMarissa Dania HakimMisya Mazlan
Share28Tweet18SendShare

KINI TRENDING

Foto - @rizmanruzaini (IG) / @silxntrosx_ (Threads)
Spotlight

[VIDEO] Mak Cik Terlebih Mesra, BFF ‘Ban’ Tetamu Cium Bella Astillah

by Nurul A.
October 26, 2026

Tindakan seorang wanita menarik leher Bella Astillah untuk mencium pipinya baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Menerusi video yang tular...

Read moreDetails
Ultra Kalcer Malaysia 2026
Spotlight

Ultra Kalcer Malaysia 2026 Kumpulkan 19 Artis, Ada Hindia, Fugo, Naykilla Hingga Kris Dayanti!

by Nurul A.
September 19, 2026

Festival muzik, Ultra Kalcer Malaysia 2026 bakal menggabungkan sembilan belas penyanyi terkenal dari Indonesia dan Malaysia berkongsi pentas menggegarkan KL...

Read moreDetails
Spotlight

Di Sebalik Mahkota Taanusiya Chetty, Ada Kisah Yang Tak Ramai Tahu

by Phic ARMAN
September 6, 2026

Kalau selama ini pertandingan ratu cantik sering dikaitkan dengan wajah menawan dan penampilan anggun, Taanusiya Chetty membuktikan bahawa ‘pakej’ sebenar...

Read moreDetails
Spotlight

“Tak Mahu Turunkan Key”- Jaclyn Victor Cabar Diri Dalam Konsert Bersama MPO

by Phic ARMAN
September 22, 2026

Selepas sekian lama menyimpan impian untuk mengadakan konsert solo bersama Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO), penyanyi berkuasa vokal, Jaclyn Victor akhirnya...

Read moreDetails
Spotlight

Konsert The Weeknd Bakal Sesak, Ini Lokasi Parkir Alternatif Yang Anda Perlu Tahu

by Phic ARMAN
October 28, 2026

Semakin tak sabar nak menyanyi bersama The Weeknd di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil? Sebelum terlalu excited memilih outfit dan...

Read moreDetails
Kim Soo Hyun
Spotlight

Kim Soo Hyun ‘Ugut’ Mahu Saman Netizen?

by Nurul A.
October 16, 2026

Aktor Korea Selatan, Kim Soo Hyun melalui agensinya, Gold Medalist, mengambil keputusan untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan...

Read moreDetails
Anak tiri Raja Norway
Spotlight

Rogol & Serang Bekas Kekasih, Anak Tiri Raja Norway Kini Jalani Tahanan

by Nurul A.
October 6, 2026

Anak tiri Raja Norway, Marius Borg Høiby masih belum dipenjarakan walaupun telah dijatuhkan hukuman empat tahun atas kesalahan merogol dan...

Read moreDetails
Yobe Crafted x ALPHA
Spotlight

Beraksi Di Cawangan Tuah 1895 BBC, Peminat Teruja ALPHA Jadi Duta Pertama Yobe Crafted

by Nurul A.
September 4, 2026

Yobe (Yoghurt Beku) Malaysia, jenama yogurt sejuk beku dan pencuci mulut tempatan baru-baru ini melancarkan Yobe Crafted, cawangan berkonsep baharu...

Read moreDetails
Miss Trans World
Spotlight

Miss Trans World Thailand 2019 Kembali Jadi Lelaki Setahun Selepas Raih Mahkota

by Nurul A.
October 14, 2026

Pernah menyandang gelaran Miss Trans World Thailand pada tahun 2019, Trithippnipa Thippaphada yang kini dikenali dengan nama ARM, pernah mencetuskan...

Read moreDetails
Foto - Bangkok Post
Spotlight

Meja Bulat & CCTV Jadi Bukti, Sami Thailand Seleweng Dana Kuil & Jalin Hubungan Sulit 

by Nurul A.
September 11, 2026

Menjadi bualan ramai, seorang sami berusia 66 tahun, yang memegang jawatan ketua sami (abbot) di Wat Phutthaisawan iaitu sebuah kuil...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara