Anak tiri Raja Norway, Marius Borg Høiby masih belum dipenjarakan walaupun telah dijatuhkan hukuman empat tahun atas kesalahan merogol dan menyerang bekas teman wanitanya.
Anak tiri Raja Norway kini jalani tahanan rumah
Marius kini berada di bawah tahanan rumah di kediaman diraja yang terletak di Skaugum, Asker, Norway.
Mahkamah Daerah Oslo melanjutkan penahanan Marius selama empat minggu. Dia akan kekal di rumah di bawah pengawasan gelang elektronik.
Pendakwa raya pula percaya bahawa Marius berisiko untuk melakukan kesalahan yang sama semula. Larangan mendekati mana-mana bekas teman wanitanya masih berkuat kuasa untuk melindungi mereka.
Untuk rekod, Marius didapati bersalah atas dua tuduhan rogol, menyerang bekas teman wanita dan beberapa kesalahan lain. Atas kesalahan ini, dia dijatuhkan hukuman penjara empat tahun.
Walaupun dia menafikan tuduhan merogol, namun dia tetap mengakui beberapa tuduhan yang lebih ringan, termasuklah keganasan fizikal, vandalisme dan ugutan.
Untuk makluman, Marius Borg Høiby merupakan anak lelaki Ratu Mette-Marit daripada hubungan sebelum Ratu itu berkahwin dengan Putera Mahkota Haakon.











