Shah Rukh Khan seringkali menjadi perhatian kerana lakonannya yang luar biasa dalam pelbagai filem romantik, seperti Dilwale Dulhania Le Jayenge hingga Devdas.
Menunjukkan Rasa Cinta Dah Hormat
Sudah berpuluh tahun berkahwin dengan isterinya Gauri Khan, sesetengah dari netizen masih mahukan tip daripada Shah Rukh Khan rahsia rumah tangga yang kekal dan harmoni sehingga hari ini.
Shah Rukh Khan bukan sahaja kini dinobatkan sebagai suami dan bapa yang ideal, malah sejak awal lagi dia telah menunjukkan rasa cinta dan rasa hormat yang mendalam terhadap isteri tercinta, Gauri Khan.
Menurut Intepseleb, seorang peminat bertanya sama ada dia takut kepada isterinya kerana dia seringkali dilihat membuat panggilan talifon kepada isterinya itu semasa melakukan pengambaran.
Apakah kaitan antara telefon dan ketakutan?
Setiap kali saya memikirkannya, saya akan menghubunginya
Jika dia terlintas di fikiran saya setiap lima minit maka saya akan menghubunginya. Jika setiap lima jam, saya akan menghubunginya juga
Seringkali Berkomunikasi
Dalam satu lagi rancangan bual bicara, Shah Rukh Khan sekali lagi menerima pujian apabila bercerita tentang hubungannya dengan Gauri dan kepercayaan mereka antara satu sama lain.
Ketika saya mula-mula datang ke Mumbai, sebagai pelakon yang sudah berkahwin, semua orang menyangka bahawa pelakon mempunyai hubungan sulit.
Jika dia terus bertanya kepada saya tentang apa hubungan kamu dengan pelakon tertentu?
Dia akhirnya menyedari bahawa tidak ada perkara seperti itu, jadi dia berhenti bertanya kepada saya mengenainya.
Dengan memahami antara satu sama lain, hubungan Shah Rukh Khan dengan isterinya Gauri Khan menjadi lebih jelas dan tenang.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.