Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.
Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
“Anak-anak Kalau Dapat Pujian Lagi Bersemangat”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontona sebanyak 115 ribu, tanda suka sebanyak4 ribu dan sebanyak 47 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Aaisyah Dhia Rana yang sedang membuat makanan viral iaitu Tanghulu sambil memakai tudung sambil dipuji oleh Che Ta.
“Dahlah cantik, rajin, tutup aurat Allahuakbar!”-kata Che Ta
“Dia kata bulan puasa nak pakai tudung, kami kata pakai tudung ni bukan bulan puasa sahaja, bukan seronok2 nak pakai sebab nak jadi model tudung ka, tapi tutup aurat ni waib Aaisyah oii sama macam puasa, solat juga”-kata Che Ta
“Ramai orang perempuan kat luar sana terutamanya selebriti sanggup sarung tudung cuma sebab dapatkan bayaran, jadi model tudung! bukan sebab perintah Allah tapi sebab perintah manusia dengan bayaran”-Tulis Che Ta
“Jangan jadi macam tu cik oii malu dengan Allah, Allah suruh tak buat tapi manusia suruh terus buat sebab duit! Nauzubillah”-tambah Che Ta
@rozitachewan1 Dia kata bln posa dia nk pakai tudung, kami kata pakai tudung ni bkn bln posa saja, bkn seqonok2 pakai sb jadi model tudung ka , tapi tutup aurat ni wajib aaisyah oiii sama mcm solat dan posa jgk .. qamai org pompuan kat luaq sana terutamanya selebrity ,sanggup saqung tudung cuma sebab dpt bayaran, jadi model tudung, !bukan sebab perintah Allah tapi sebab perintah manusia dgn bayaran ! jangan mcm tu cik oiiii malu dgn Allah ! Allah suruh tak buat, tapi manusia suquh tequih buat sb duit ! nauzubillah . Dia tgh cuti sekolah ni , qajin la masuk dapoq 🥰 . #aaisyahdhiarana #fyp #perfumeaaisyah #roxy #foxy
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa kata-kata dari Che Ta itu ada betulnya walaupun menyakitkan sesetengah p[ihak.
Apa-apa pun semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.