Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

51 Tahun P.Ramlee Meninggal Dunia, Sazali Teruja Setiap Kali Hari Seniman Bersempena ‘Birthday’ Bapanya

by Puteri Alia
March 22, 2024
Share on Facebook

Tarikh 22 Mac bukan sekadar tarikh biasa bagi Sazali, anak kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Baginya, tarikh tersebut adalah antara yang dinanti-nantikan setiap tahun kerana merupakan Hari Seniman Negara, satu sambutan yang mengenang jasa besar yang telah dilakukan oleh bapanya dalam dunia seni negara.

Sazali, yang kini berusia 65 tahun, berkongsi bahawa tiada yang lebih membanggakan dan menggembirakan hatinya selain daripada melihat penghargaan dan penghormatan yang diberikan kepada bapanya pada tarikh tersebut.

Baginya, sambutan tersebut adalah satu pengiktirafan terhadap warisan seni yang ditinggalkan oleh Tan Sri P. Ramlee, walaupun beliau telah meninggal dunia lebih 51 tahun yang lalu.

“Hari Seniman Negara memberikan makna yang amat penting bagi saya, kerana ia tidak hanya merayakan hari kelahiran arwah bapa saya yang disayangi, tetapi juga mengenang jasa-jasa beliau sebagai tokoh legenda dalam seni negara kita,” katanya.

Sazali juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang masih mengenang dan memperingati jasa bapanya. Baginya, setiap ucapan dan penghormatan itu adalah satu penghargaan yang amat dihargai, dan sebagai anak, beliau merasa terharu setiap kali tarikh tersebut tiba.

“Dalam keadaan saya yang sudah tidak muda lagi dan tidak sihat, saya tidak mampu memberi balasan kepada semua penghargaan ini. Namun, saya ingin mengucapkan terima kasih dari dasar hati saya kepada semua yang masih mengingati dan mendoakan arwah bapa saya,” tambahnya.

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk terus memperingati warisan seni P. Ramlee, pada tahun 2022, Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu, Tan Sri Annuar Musa, telah mengambil keputusan untuk mengubah tarikh Hari Seniman Negara dari 29 Mei kepada 22 Mac.

Topik Berkaitan Misteri Kisah Percintaan P. Ramlee & Norizan, Tak Sangka Ada Hasrat Yang Tak Kesampaian

Ini dilakukan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besar yang telah diberikan oleh P. Ramlee kepada seni negara.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
hari senimanp.ramleesazali
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Ejen Meghan Markle
Hollywood

Bekas Ejen Meghan Markle ‘Buka Mulut’, Dedah Apa Yang Berlaku Sepanjang Kerjayanya

by Nurul A.
October 1, 2026

Bekas ejen Meghan Markle, Ari Emanuel mengakui bahawa dia gembira kerana tidak lagi perlu meguruskan kerjaya Duchess of Sussex. Bekas...

Read moreDetails
Spotlight

Kagum Lihat Siti Nurhaliza Sentiasa Kuat, Nasihat Pengurus Buat Ramai Tersentuh

by Phic ARMAN
November 6, 2026

Di sebalik kejayaan dan konsistensi Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam industri seni, pastinya ada cabaran serta tekanan yang tidak diketahui...

Read moreDetails
Foto - @absolutbazaar (IG) / @heize80s (Threads)
Spotlight

Isi Surat Chester Bennington Untuk Siti Nurhaliza- “Dear Ms Siti…”

by Nurul A.
September 21, 2026

Selepas dua dekad tersimpan rapi, sepucuk surat daripada mendiang vokalis kumpulan Linkin Park, Chester Bennington untuk Biduanita Negara, Datuk Seri...

Read moreDetails
Son Ye Jin
Korea

Wajah Anak Diambil Tanpa Izin, Son Ye Jin Ambil Tindakan Tegas

by Nurul A.
September 30, 2026

Sama seperti ibu bapa yang lain, aktres Korea Selatan, Son Ye Jin memberikan amaran kepada individu yang mengambil gambar anak...

Read moreDetails
Spotlight

JessC Gegar Amerika! Bawa Pulang Gelaran World Artist of the Year

by Phic ARMAN
September 27, 2026

Kalau selama ini kita biasa dengar nama artis tempatan beraksi di pentas Malaysia, JessC pula nampaknya semakin selesa membawa muziknya...

Read moreDetails
Anak Najib Razak
Spotlight

Anak Kongsi Luahan Najib Razak- “Daddy Tak Sangka Ramai Sanggup Sumbang”

by Nurul A.
September 24, 2026

Perkongsian anak perempuan bekas Perdana Menteri iaitu Nooryana Najwa baru-baru ini mengenai bapanya, Datuk Seri Najib Razak (DSN), telah mendapat...

Read moreDetails
Foto - @cikepal06 (IG)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Yuki Dengan Cik Epal Buat Ramai Yang Sebak- “Dia Rindu Tapi Tak Pandai Luah”

by Nurul A.
September 23, 2026

Sebuah video lama milik usahawan dan pempengaruh, Cik Epal (CE) bersama anaknya, Yuki kembali tular selepas dikongsi oleh seorang pengguna...

Read moreDetails
Spotlight

Nora Danish ‘Naik Angin’ Kenyataan Disunting Kaitkan Pemandu Lori – “Itu Fitnah Sama Sekali”

by Phic ARMAN
October 20, 2026

Pelakon Nora Danish tampil menjelaskan isu kenyataannya mengenai pemandu lori yang tular di media sosial selepas terdapat pihak tidak bertanggungjawab...

Read moreDetails
Kate Middleton
Hollywood

[VIDEO] Hampir Jatuh Kerana Gaun Dipijak, Reaksi Kate Middleton Jadi Tumpuan

by Nurul A.
September 24, 2026

Puteri Wales, Kate Middleton hampir tergelincir ketika menghadiri tayangan perdana filem baharu Tom Cruise, "Digger" di London baru-baru ini. Mengenakan...

Read moreDetails
Kim Soo Hyun
Spotlight

Kim Soo Hyun ‘Ugut’ Mahu Saman Netizen?

by Nurul A.
October 16, 2026

Aktor Korea Selatan, Kim Soo Hyun melalui agensinya, Gold Medalist, mengambil keputusan untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara