Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Baru Ditayangkan, Filem ‘Never Surrender’ Terus Lonjak Top 10 Netflix Malaysia & Global

by Nurul A.
November 18, 2026
Netflix Never Surrender

Foto - Netflix

Share on Facebook

Filem aksi asli terbaharu Netflix, ‘Never Surrender’ (Serangan Balik), telah menduduki tempat pertama dalam senarai 10 Filem Bukan Bahasa Inggeris Terbaik Global di Netflix.

Sejak ditayangkan pada 12 November, filem dari Indonesia ini telah mencatatkan 11 juta tontonan, menduduki tempat pertama di 12 buah negara dan tersenarai dalam 10 filem teratas di 83 buah negara, termasuk Malaysia, Indonesia, Amerika Syarikat, Mexico, Brazil, Turki, Perancis, Jerman, Arab Saudi, Thailand, Jepun, dan Korea Selatan.

Filem ‘Never Surrender’ Terus Lonjak Top 10 Netflix Malaysia & Global

Berlatarkan sebuah kampung kecil di Jawa Tengah, Indonesia, ‘Never Surrender’ menggabungkan babak aksi yang sengit, kebijaksanaan taktikal, serta dinamika keluarga yang terasa dekat dengan kehidupan sebenar.

Filem ini menampilkan seorang wira yang tidak dijangka: seorang datuk yang bertekad untuk menyatukan semula keluarganya. Apabila kehadiran dua orang cucunya secara tiba-tiba membawa mereka ke dalam situasi berbahaya, beliau menggunakan pengalamannya sebagai anggota pasukan khas serta kemahiran tempurnya untuk melindungi keluarganya daripada sebuah sindiket jenayah.

“Saya mencurahkan sepenuh jiwa raga dalam pembikinan ‘Never Surrender’, dengan komitmen untuk menyajikan pengalaman filem aksi yang unik. Selain babak aksi yang mendebarkan, filem ini turut mengisahkan cerita yang menyentuh hati tentang keluarga. Hasil kerjasama dengan Netflix serta penerbit Kimo Stamboel dan Edwin Nazir, saya berpeluang meneroka pelbagai kemungkinan kreatif, termasuk merealisasikan impian lama saya: menghasilkan babak kejar-mengejar kereta yang mengujakan. Saya juga amat berterima kasih kepada penonton di Malaysia dan seluruh dunia yang telah menonton serta menerima ‘Never Surrender’ dengan baik. Sokongan anda amat bermakna bagi saya dan menjadi motivasi untuk terus menghasilkan filem-filem yang berani, segar, dan menghiburkan”, kata pengarah Sidharta Tata.

Youtube video

‘Never Surrender’ merupakan kolaborasi pertama Sidharta Tata dengan penerbit terkenal Kimo Stamboel dan Edwin Nazir, gandingan yang turut berada di sebalik filem Netflix tahun 2025, ‘The Elixir’. Filem ini dibintangi oleh Lukman Sardi, Callista Arum, Sulthan Hamonangan, Derby Romero, dan Donny Alamsyah.

Topik Berkaitan 3 Sebab Kenapa Peminat Dakwa Siri Romantik China Ini "Tiru" Filem 'Fifty Shades of Grey'

Jangan lepaskan peluang untuk strim di Netflix!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
3
Star
Star
5
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Netflixnetflix malaysianever surrender 2026serangan balik 2026
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Steps
Filem

Bukan Kisah Dongeng Biasa, ‘Steps’ Tampil Dengan Twist Mengejutkan!

by Nurul A.
October 16, 2026

Netflix telah mendedahkan treler untuk filem 'Steps', sebuah komedi fantasi yang membayangkan semula kisah Cinderella dari perspektif adik-beradik tirinya yang...

Read moreDetails
Yang Chao-yue
Filem

Dari ‘Rival’ Jadi Kekasih? Kisah Cinta Yang Chao-yue & Dong Si-cheng Di Netflix Curi Perhatian!

by Nurul A.
November 11, 2026

C-Drama kembali 'mendunia' di platform Netflix. Kali ini, muncul pula drama baharu yang berjudul 'Sunshine Through The Rain', memaparkan kisah...

Read moreDetails
Netflix
Spotlight

14 Filem & Drama Bakal Masuk Netflix November Ini!

by Nurul A.
October 30, 2026

Bulan November bakal menyaksikan pelbagai pilihan hiburan yang menarik di Netflix, daripada pengembaraan penuh aksi, drama yang memikat, karya bertema...

Read moreDetails
Kung Fu Aksi
Filem

12 Filem Aksi & Kung Fu Ditayang Percuma Selama 2 Hari- Hanya Di GSC Mid Valley!

by Nurul A.
October 27, 2026

Tayangan Khas Aksi dan Kung Fu Tempatan & Luar Negara 2026 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Southern...

Read moreDetails
Filem Seram
Filem

4 Filem Seram Yang ‘Confirm’ Buat Kamu Tak Boleh Tidur Malam Ni!

by Nurul A.
November 15, 2026

Kebiasaannya hujung minggu merupakan waktu yang terbaik untuk menonton filem. Selain filem bergenre rom-com, thriller dan komedi, apa kata kamu...

Read moreDetails
Netflix
Spotlight

17 Tayangan Baharu Bakal Temui Anda Di Netflix Pada Oktober Ini!

by Nurul A.
September 28, 2026

Khas untuk bulan Oktober ini, Netflix bakal menayangkan pelbagai kandungan menarik untuk peminat anime. Selain daripada itu, kamu boleh nantikan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  2. 2

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara