Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Gimik Kematian Namawee Dikecam, Netizen Mohon Jangan Main Isu Hidup Dan Mati

by Aphit J.
April 2, 2024
57
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebelum ini penulis lagu, penyanyi dan pengarah berkontroversi Malaysia, Namewee dilaporkan meninggal dunia seperti diumumkan di Instagram miliknya.

Namawee Meninggal Dunia?

Menerusi beberapa hantaran di Instagram satu hebahan kematian dikongsikan dan menjemput orang ramai untuk datang melawat bermula 2 petang hingga 10 malam semalam.

Pada masa sama, satu majlis perpisahan pula akan diadakan pada pukul 7 malam hingga 10 malam. Orang ramai yang akan hadir diminta memakai pakaian serba putih.

Menerusi info di dalam hebahan itu lagi, majlis dibuat di Nirvana 2 atau Nirvana Center KL, tingkat 3, Majestic Hall.

Menolak Segala Ucapan Takziah

via Instagram Namawee

Malah melihat kepada gambar yang dimuat naik, pihak Namawee menolak penghantaran bunga, duit dan apa-apa yang berbentuk ucapan takziah serta tiada liputan media dibenarkan.

Kami dengan hormat menolak semua jenis kalungan ucapan takziah, jambakan bunga, wang, obituari dan iklan peringatan.

Pada masa sama, tiada liputan media dibenarkan, terima atas kerjasama yang anda berikan

Di portal Sin Chew pula melaporkan pihak Nirvana Group memaklumkan ada menerima tempahan slot auditorium pada malam tersebut bagi pihak Namewee.

Kata pihak Nirvana, mereka perlu bertanya kepada ahli keluarga dan ejen mengenai kandungan majlis tersebut kerana pihak mereka sendiri belum tahu mengenainya.

Netizen Kecam Tindakan Namawee

via Instagram Namawee

Terbaru, Namawee ada memuat naik gambarnya dengan memegang gitar dan sekaligus menunjukkan bahawa dia masih lagi hidup.

Melihat diruangan komen, apa yang dilakukan oleh Namawee merupakan pelancaran lagu terbarunya sekaligus melakukan ‘April Fool’ kepada umum.

Tindakan tersebut mendapat kecaman netizen dan rata-rata tidak bersetuju dengan gimik yang melibatkan kematian.

Sehinggakan ada yang menyamakan kejadian yang pernah terjadi di Hong Kong apabila terdapat individu yang melakukan ‘April Fool’ mengenai kematian dan ianya betul-betul terjadi.

namawee
https://lomp.at/c4z2o
Share23Tweet14SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem