Gelagat lucu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering mendapat perhatian dari netizen. Ramai yang sayang dengan bekas Raja Permaisuri Agong ini kerana sikap ramahnya yang dekat dengan rakyat membuatkan beliau lebih disayangi ramai. Walaupun Tunku Azizah telah pulang ke negeri Pahang, namun jasanya ketika menjadi Raja Permaisuri Agong masih menjadi bualan sehingga kini.
Keluarga Kerabat Pahang juga dikenali dengan sifat ‘Turun Padang’ dalam segala hal, baik Sultan, Permaisuri mahupun anak-anak baginda yang telah terdidik untuk bersama-sama dekat dengan rakyat.
“MasyaAllah, Sedap Suara Tunku Berduet Dengan Tokti”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @tengku.ampuan.pah2 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 18 ribu, tanda suka sebanyak 744 dan sebanyak 106 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tunku Azizah yang tampak gembira apabila berduet menyanyi lagu yang berjudul ‘Gurindam Jiwa’ bersama Tokti.
@tengku.ampuan.pah2 🤍❤️#tengkuampuanpahang #sitinurhaliza #foryou #fypシ゚viral #pahangroyalfamily #singing
♬ original sound – TENGKU AMPUAN PAHANG – TENGKU AMPUAN PAHANG
Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa mereka tidak sangka Tunku Azizah juga pandai menyanyi. Tambah mereka lagi, mereka gemar dengan Tunku Azizah yang sangat merendah diri apabila bersama rakyat yang menyebabkan beliau disanjungi dan disayangi ramai.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.