Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Mengaku Belum Masanya Untuk Berhijrah, Eyka Farhana Mohon Maaf Jika Pakaiannya Terlalu Seksi

by Puteri Alia
August 15, 2024
Share on Facebook

Pelakon sensasi Eyka Farhana, atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 29, sekali lagi menjadi tumpuan ramai apabila penampilannya selepas pulang dari mengerjakan umrah mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Eyka, yang baru-baru ini menghadiri acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) dengan memakai blaus singkat di atas paha, menerima kritikan hebat daripada netizen yang mempersoalkan kesahihan amalan ibadatnya ketika berada di Tanah Suci.

Bagi ramai, gaya penampilan Eyka yang seksi itu dianggap tidak wajar, terutama memandangkan beliau baru sahaja pulang dari menjalani ibadah umrah yang sepatutnya memberi kesan mendalam pada dirinya.

Ramai pengikutnya berpendapat bahawa sebagai seorang yang baru pulang dari sesi penyucian jiwa, perubahan dalam penampilan adalah sesuatu yang dinanti-nantikan.

Namun begitu, Eyka menegaskan bahawa soal perubahan diri adalah sesuatu yang peribadi dan belum tiba masanya untuk beliau melakukan perubahan seperti yang diharapkan.

“Jujurnya, soal penampilan atau perubahan diri terlalu peribadi untuk diperkatakan. Saya faham pengikut mengharapkan perubahan bila saya pulang mengerjakan umrah seperti memakai tudung dan sebagainya.

“Tapi, mungkin perkara itu belum lagi buat saya. Saya juga mohon maaf jika pakaian saya terlalu berlebihan,” jelasnya.

Walaupun begitu, Eyka tidak menolak kemungkinan untuk berubah suatu hari nanti, namun baginya, perubahan tidak semestinya berlaku selepas pulang dari umrah sahaja.

Beliau juga berharap agar niat baik netizen yang menegurnya adalah kerana rasa sayang dan prihatin terhadap dirinya, dan bukan semata-mata untuk mengkritik.

“Insya-Allah, manalah tahu saya akan berubah suatu hari nanti. Manusia kalau nak berubah tak semestinya berlaku bila balik umrah sahaja. Dekat Malaysia pun boleh berubah jika diizinkan. Mungkin orang selalu bercakap soal saya sebab mereka sayang dan ambil berat.

“Saya sangat memahami niat mereka dan tak pernah salahkan mereka. Cuma apa yang boleh saya katakan, moga saya akan berubah dan dapat memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik,” tambahnya.

Selain kecaman mengenai penampilannya, Eyka turut diuji dengan kritikan kerana sering berkongsi foto-foto dari Tanah Suci di media sosial. Ada netizen yang berpendapat bahawa beliau sepatutnya lebih fokus kepada ibadah daripada menayang diri di media sosial.

[VIDEO] Kelibat Bella Astillah & Syed Saddiq Hadiri Majlis Perkahwinan Eyka Farhana, Curi Tumpuan Ramai!

Namun, Eyka tampil mempertahankan dirinya dengan menjelaskan bahawa niatnya hanyalah untuk berkongsi momen indah yang dialaminya di sana.

“Saya memang suka ambil gambar. Kalau pergi mana-mana, saya tetap rakamkan momen atau tempat menarik yang saya kunjungi, bukannya di Tanah Suci sahaja. Lagipun banyak tempat yang cantik di Tanah Suci yang perlu saya kongsi.

“Selain dapat tunjukkan keindahan bumi Anbia, dapatlah juga saya mendorong pengikut untuk pergi ke sana. Kalau nak kata saya tak fokus ibadat, itu memang tidak benar. Lagipun, tak semua benda saya kena kongsi dalam media sosial terutamanya soal ibadah,” katanya.

Menyentuh mengenai pengalamannya mengerjakan umrah bersama adik dan rakan baiknya, pelakon Bella Astillah, Eyka mengakui hatinya tersentuh setiap kali beribadat di Tanah Suci.

“Bila berada di Tanah Suci, saya dapat rasakan ketenangan yang tidak pernah dirasai sebelum ini. Bahkan setiap kali beribadat, terasa seperti Allah begitu dekat dengan diri ini. Situasi itulah yang membuatkan hati tersentuh,” imbaunya penuh emosi.

Mengenai khabar angin yang mendakwa dirinya sudah dirisik dan mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, pemain bola sepak kebangsaan Akhyar Rashid, Eyka hanya akan berkongsi perkara itu jika ia benar-benar berlaku.

“Kalau betul ada majlis merisik atau bertunang, saya akan beritahu. Sudah pasti saya akan umumkan berita gembira dalam media sosial,” ujar Eyka, meninggalkan tanda tanya kepada para peminatnya.

eyka farhanaeyka farhana seksi
https://lomp.at/eyoqr
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Zoo Negara Raikan Ramadan Dengan Program Memasak Bubur Lambuk

by Naddy Joe
March 7, 2026

Zoo Negara meneruskan lagi tradisi tahunan program memasak juadah bubur lambuk dengan mengangkat tema “Sinar Ramadan - Kongsi Rezeki” pada...

Read moreDetails
Berita

Izara Aishah & Suami Kongsi Nama Bayi Ketiga

by Naddy Joe
April 15, 2026

Umum mengetahui pelakon, Izara Aishah telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 9 April lalu. Terkini, suami kepada Izara iaitu...

Read moreDetails
Berita

REVIEW Galaxy S26 Ultra: Jangan Expect Perubahan Besar, Tapi Ada Tiga Benda Yang Power

by Phic ARMAN
April 21, 2026

Kalau ikut jangkaanawal, Samsung Galaxy S26 Ultra ini sepatutnya datang dengan aura “next level”. Flagship baru kan, mestilah orang expect...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Bella Astillah Bantu Mangsa Kebakaran Di Sandakan, Netizen Puji!

by Naddy Joe
April 30, 2026

Perkongsian penyanyi, Bella Astillah mencuri perhatian netizen selepas dilihat memberikan sumbangan kepada mangsa yang terjejas akibat kebakaran di tujuh lokasi...

Read moreDetails
Foto - Vietjet
Berita

Vietjet Dinobatkan Syarikat Penerbangan Paling Cekap Emisi bagi Laluan Asia Tenggara

by Nurul A.
April 24, 2026

Vietjet telah diiktiraf sebagai syarikat penerbangan paling cekap emisi bagi operasi intra-Asia Tenggara dalam 2025 Flight Emissions Review. Pengiktirafan ini...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    “Jahidah Masih Terlantar, Sekarang Terajang Bini Baru?”- Ramai Bertambah Risau Kes Rosmaini Berulang Lagi

  4. 4

    Bukan Susah Pun, Tapi Ramai Masih Buat! Etika Naik MRT Jadi Perdebatan

  5. 5

    Netizen ‘Menggelupur’ Persoal Solat Artis, Sekali Ini Jawapan Nad Zainal & Aznil Buat Ramai Terdiam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara