Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Cadbury Dairy Milk Menyemarakkan Semangat Memberi Rakyat Malaysia Dengan Kempen “Untukmu, Ku Akan”

by Aphit J.
August 17, 2024
Share on Facebook

Adakah anda berjiwa pemurah? Umum lazimnya beranggapan bahawa rakyat Malaysia bersifat prihatin dan pemurah, dan itu harus menjadi kebanggaan kita.

Namun, dalam mengharungi kesibukan harian, mungkin lumrah untuk kita mengaitkan sifat pemurah itu dengan kebaikan yang dilakukan secara besar-besaran sahaja, sehingga kita terlupa sekecil-kecil kebaikan itu juga mampu mengukir senyuman insan tersayang.

Setiap hari, ada sahaja peluang untuk kita membahagiakan keluarga, rakan, bahkan orang yang tidak dikenali.

Cadbury Melancarkan Kempen “Untukmu, Ku Akan”

Justeru, Cadbury Dairy Milk Malaysia melancarkan kempen “Untukmu, Ku Akan” bagi meraikan sifat pemurah rakyat Malaysia dalam melakukan sekecil-kecil kebaikan yang mampu mengeratkan hubungan sesama kita.

Inilah sebahagian daripada komitmen berterusan Cadbury Dairy Milk untuk memupuk semangat memberi dengan menggalakkan rakyat Malaysia untuk sama-sama mengekspresikan janji “Untukmu, Ku Akan”.

Tidak kiralah sekecil mana sekalipun ‘pengorbanan’ itu, seperti tidak keluar rumah untuk meluangkan masa bersama atuk dan nenek yang tercinta, atau mengurangkan masa melayari media sosial untuk membantu adik menyiapkan kerja sekolah.

Ia juga semudah membancuh secawan kopi panas untuk rakan sekerja yang kelihatan letih, atau menemani insan tersayang menghadiri sesuatu acara walaupun ia membosankan.

Berkongsi Cara Membahagiakan

via Cadbury Malaysia

Laman khusus kempen (Cadbury.com.my/messages) membolehkan rakyat Malaysia berkongsi cara mereka membahagiakan orang lain dengan mengekspresikan janji ‘”Untukmu, Ku Akan” secara terus pada bungkusan coklat Cadbury Dairy Milk untuk insan-insan tersayang.

Cadbury Dairy Milk juga telah menghasilkan satu siri filem pendek dan papan iklan yang memaparkan senario cara rakyat Malaysia membahagiakan antara satu sama lain bagi mencetuskan inspirasi kepada rakyat Malaysia yang lain untuk turut sama bermurah hati.

Bagi menyemarakkan lagi kempen ini, beberapa pempengaruh popular juga akan membuat komitmen mereka bagi menginspirasikan penonton untuk meluangkan masa dan mengeratkan silaturahim dengan insan-insan tersayang.

Error happened.
Cadbury Malaysia
https://lomp.at/2c894
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara