Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

[GAMBAR] Sekitar Kemeriahan ‘Konsert AKB48 Group Live in KL 2024’ Yang Dihadiri Lebih 2,000 Peminat

by Phic ARMAN
August 22, 2024
Share on Facebook

Konsert AKB48 Group Live in KL 2024 ~ First Cry ~ baru-baru ini menyaksikan satu malam yang penuh dengan kegembiraan di Zepp Kuala Lumpur. Lebih daripada 2,000 peminat, termasuk dari Jepun, Thailand, dan Indonesia telah berkumpul untuk menyaksikan persembahan memukau daripada lima kumpulan tersebut yang terdiri daripada AKB48, STU48, Quadlips, JKT48, dan KLP48. Konsert yang julung kali diadakan di Malaysia ini berjaya menawarkan pengalaman yang luar biasa buat peminat.

Sepanjang persembahan lebih daripada tiga jam itu, peminat kelihatan sangat teruja dan menyalakan cahaya glow stick mereka sambal diiringi visual yang menarik. Bukan itu sahaja, peminat turut bersorak dan menyanyi bersama lagu-lagu popular seperti “Catch Me Kiss Me” dan “Overdrive” oleh Quadlips, “Ai no Omosa” dan “Kurayami” oleh STU48, “Rapsodi” dan “Fortune Cookie Yang Mencinta” oleh JKT48, serta “Everyday, Kachuusha” dan “Koi Tsun Jatta” oleh AKB48.

KLP48, yang baru sahaja mengumumkan ahli generasi pertama mereka, memanfaatkan konsert ini untuk membuat debut yang penuh gaya. Mereka mempersembahkan video muzik dan lagu pertama mereka, “Heavy Rotation,” dalam bahasa Melayu, serta lagu-lagu dalam bahasa Inggeris, Mandarin, dan Jepun untuk menunjukkan kepelbagaian dan bakat mereka. Dalam majlis ini, Yi Shyan diumumkan sebagai ketua kumpulan dan KLP48 Official Fan Club turut dilancarkan dengan langganan bulanan RM30 yang memberikan akses kepada kandungan eksklusif.

Sebagai penutup yang meriah, kelima-lima kumpulan naik ke pentas bersama untuk menyanyikan lagu ikonik AKB48, “Aitakatta.” Selepas persembahan, mereka mengadakan sesi meet and greet dengan peminat, diikuti dengan perbualan santai bersama beberapa peminat fanatik mereka. Konsert ini dianjurkan oleh 48 Entertainment dengan sokongan dari iMe Malaysia.

Ikuti perkembangan terkini KLP48 dengan mengikuti @klp48_official di TikTok, @KLP48official di Instagram dan Facebook, atau layari klp48.my

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
AKB48
https://lomp.at/zbag5
Share4Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem