Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Jepun Turun KL! Dari AKB48, Cosplay Sampai Makanan Jepun, Semua Ada Di Sini

by Phic ARMAN
July 13, 2026
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Buat anda yang memang kaki Jepun, anime, J-Pop atau sekadar nak rasa suasana negara matahari terbit tanpa perlu naik flight, Japan Expo Malaysia (JEMY) 2026 bakal jadi port wajib singgah!

Edisi ketujuh acara serba Jepun ini akan berlangsung dari 24 hingga 26 Julai 2026 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), dan paling best, kemasukan adalah percuma untuk semua pengunjung.

Tahun ini, JEMY 2026 turut disenaraikan sebagai salah satu acara rasmi sempena Visit Malaysia Year 2026, menjadikannya bukan sekadar festival budaya tetapi juga platform yang menghubungkan Malaysia dan Jepun dari segi pelancongan, perniagaan serta gaya hidup.

Dari Makanan Jepun Sampai Dunia Anime

Menurut MURAI, apa yang menarik tentang JEMY ialah konsepnya yang memang all-in-one. Tak perlu pilih satu sahaja, pengunjung boleh explore lebih 50 pempamer yang membawa pengalaman Jepun termasuk makanan autentik, produk gaya hidup, peluang pendidikan, teknologi, seni, budaya, anime dan cosplay.

Bukan itu sahaja, suasana dijangka lagi happening dengan lebih 20 persembahan artis Jepun dan tempatan sepanjang tiga hari acara berlangsung.

Antara nama yang bakal mencuri perhatian termasuk Banzai Japan, Kotomen, Nakano Himawari, Rina Hime dan KLP48.

AKB48 Kembali Gegarkan KL!

Tarikan paling ditunggu pastinya kemunculan kumpulan idol legenda Jepun, AKB48 yang bakal mengadakan konsert eksklusif pada 25 Julai 2026.

Ini merupakan kemunculan semula AKB48 di Malaysia selepas hampir dua tahun, malah mereka turut bakal mempersembahkan single terbaru mereka, 「好きish」(Sukisshu) secara live buat pertama kali.

Bagi peminat J-Pop, ini memang peluang rare untuk tengok sendiri kumpulan yang mencetuskan fenomena “idols you can meet” beraksi di depan mata.

Selain AKB48, band alternatif Jepun Atarayo juga bakal mengadakan persembahan khas pada 24 Julai.

Cosplay Pun Ada, Hadiah RM10,000 Menanti

Bukan festival Jepun namanya kalau tak ada cosplay. JEMY 2026 turut menganjurkan pertandingan cosplay dengan jumlah hadiah keseluruhan RM10,000 untuk para cosplayer tempatan.

Dengan jangkaan lebih 50,000 pengunjung, MURAI rasa edisi kali ini bakal jadi antara event paling meriah untuk peminat budaya Jepun di Malaysia.

JEMY 2026 berlangsung di Hall 6, KLCC dari 24 hingga 26 Julai 2026. Masuk percuma, jadi memang tak ada alasan untuk skip!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
5
Star
Star
3
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
AKB48Japan Expo Malaysia 2026
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Samsung Bagi Hint Galaxy Z Fold8? Iklan Coklat Pun Boleh Jadi Petunjuk Telefon Lipat Baharu

by Phic ARMAN
July 1, 2026

Samsung nampaknya sedang bermain teka-teki dengan peminat teknologi. Menerusi beberapa video teaser terbaharu di Instagram, jenama itu tidak tunjuk pun...

Read moreDetails
remix
Selera

Secret Recipe Perkenal 4 Hidangan ‘Remix’ Lokal , Khas Untuk Bulan Merdeka Ini!

by Nurul A.
August 10, 2026

Khas untuk bulan Merdeka ini, Secret Recipe meraikan identiti kulinari negara yang meriah dengan Menu Istimewa Merdeka yang serba baharu,...

Read moreDetails
LifeXplore

Rupanya Ini Destinasi Malaysia Paling Dicari Pelancong Eropah, No.1 Tak Mengejutkan!

by Phic ARMAN
August 13, 2026

Kalau pelancong Eropah datang ke Malaysia, agaknya destinasi mana yang mereka cari dulu? Data terbaru daripada Agoda mendedahkan Kuala Lumpur,...

Read moreDetails
Bintan
Destinasi

Satu Pulau, Dua Resort Marriott- Ini Cara Terbaik Untuk Teroka Pulau Bintan

by Nurul A.
July 31, 2026

Bintan telah lama diiktiraf sebagai salah satu destinasi pulau yang paling mudah diakses di Asia Tenggara, semuanya hanya dengan menaiki...

Read moreDetails
LifeXplore

Vietjet Tambah Penerbangan KL–Ho Chi Minh City, Lancar Promosi Tambang Murah

by Phic ARMAN
July 8, 2026

Jika Vietnam berada dalam senarai destinasi impian anda, inilah masa yang sesuai untuk merancang percutian. Syarikat penerbangan tambang rendah Vietjet...

Read moreDetails
Foto - Tourism Malaysia
Destinasi

6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

by Nurul A.
June 27, 2026

Ramai rakyat Malaysia sudah lama ingin meneroka Pantai Timur, namun hasrat itu sering tertangguh. Hakikatnya, wilayah ini menyimpan pelbagai tarikan...

Read moreDetails
LifeXplore

Lenguh Leher Dalam Flight? Emirates Perkenalkan U-Dream Headrest

by Phic ARMAN
July 22, 2026

Siapa pernah naik penerbangan jarak jauh mesti faham cabarannya cuba cari posisi tidur yang selesa, tetapi akhirnya bangun dengan leher...

Read moreDetails
LifeXplore

AIGNER Pilih Dato’ Khadijah Ibrahim Sebagai Lambang Elegan Tanpa Usia

by Phic ARMAN
July 19, 2026

Kalau sebut tentang keanggunan yang kekal relevan walaupun zaman sentiasa berubah, nama Dato' Khadijah Ibrahim sememangnya antara figura yang layak...

Read moreDetails
Gambar: Instagram @evarenadotco
LifeXplore

Kaki Bola Wajib Cuba! EV Arena Jadi Port Pilihan Ramai Main Bola Berkualiti Tinggi

by Farah Fatihah
July 3, 2026

Bagi peminat bola sepak, padang yang selesa dan berkualiti sememangnya memainkan peranan penting untuk memastikan setiap perlawanan berjalan dengan lebih...

Read moreDetails
LifeXplore

Dulu Mengharumkan Nama Negara, Kini Dijemput Menjadi Tetamu Allah

by Phic ARMAN
July 16, 2026

Selama ini kita sering mengangkat kejayaan atlet ketika mereka membawa pulang pingat buat negara. Namun selepas tamat karier, tidak semua...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  2. 2

    Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

  3. 3

    Roller Coaster Tersangkut, Pengunjung Kongsi Detik Cemas Di Taman Tema Popular Subang Jaya

  4. 4

    Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

  5. 5

    Isu Permohonan Cerai: Mengapa Netizen Anggap ‘Karma” Buat Hanez?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara