Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Wajibkan Sijil Halal Tambah Beban Dan Memalukan Negara, Ini Penjelasan Oleh Dr Mohd Izhar Ariff

by Aphit J.
September 8, 2024
Share on Facebook

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila Teresa Kok yang merupakan alhi parlimen Seputeh mengeluarkan mengenai sijil halal Malaysia.

Mungkin Jadi Bahan Ejekan

via Instagram Mohd Izhar Ariff

Menurutnya, cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang tidak menyajikan daging babi serta alkohol mendapatkan pensijilan halal berpotensi menambah beban kepada perniagaan termasuk melibatkan ribuan pengusaha restoran Melayu.

Malah dia juga menyatakan bahawa ini bertentangan dengan semangat kepelbagaian budaya selain mungkin menjadikan Malaysia sebagai bahan ejekan di luar negara.

Apabila kerajaan mewajibkan premis makanan mempunyai sijil halal, ia dilihat akan menambah beban kepada perniaga kecil.

Pengenalan pensijilan halal secara wajib akan menambah kos pentadbiran.

Pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela, membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, dan bukannya dilaksanakan secara paksa yang akan menambah kesukaran operasi perniagaan.

Ini Respon Mohd Izhar Ariff

via Facebook Dr Mohd Izhar Ariff

Kenyataan Teresa tersebut telah mendapat perhatian oleh Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff yang merupakan Ahli Akademik dalam bidang Fatwa Makanan dan kepenggunaan kontemporari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Tulisnya di Facebook, beliau sangat berbangga dengan usaha yang telah dilakukan oleh JAKIM dalam mamrtabatkan Pensijilan Halal Malaysia.

Beliau yang telibat sebagai panel berkaitan pensijilan halal selama lebih 13 tahun menyatakan bahawa galakan kepada premis makanan untuk mendapatkan sijil halal amat penting.

Ini kerana terdapat sebahagian pengusaha hanya memikirkan keuntungan semata-mata dan tidak menjaga kebersihan serta keselamatan produk makanan dijual yang akan membahayakan kesihatan pengguna.

Malah beliau juga menyatakan bahawa tindakan memperkasakan pensijilan halal dapat memastikan makanan dijual itu halal, bersih dan selamat untuk rakyat Malaysia.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Teresa Kokvia Facebook Dr Mohd Izhar Ariff
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  2. 2

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  5. 5

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara