Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

Afgan & Lyodra Berjaya Pukau Ribuan Peminat Dengan Konsert ADA Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
September 30, 2024
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Begitu mengasyikkan dan penuh memukau! Begitulah di antara reaksi penonton yang hadir ketika berlangsungnya konsert istimewa oleh dua bintang terkemuka dari Indonesia, ‘ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR’ malam tadi di Megastar Arena, KL, anjuran oleh syarikat penganjur konsert terkenal, Kharisma Music (KM) bersama-sama jenama kosmetik popular tanah air iaitu Alha Alfa, dengan Intan Gelombang dan Futurace.

“Kami sangat bersyukur dengan kehadiran peminat Afgan dan Lyodra semua yang sanggup ‘turun’ ke Kuala Lumpur dari serata negara semata-mata ingin menyaksikan konsert ADA ini, dan terima kasih buat para penganjur dan warga kerja KM yang telah bertungkus-lumus,” kata En. Ahmad Jeffny, Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas Kharisma Music.

Malam konsert ADA dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh pendatang baharu berbakat besar, Ash Fasryll yang menyanyikan lagu ‘Nyaman’ oleh penyanyi hebat Indonesia, Andmesh Kamaleng.

Kemudian, konsert ADA bertambah hangat dengan kemunculan duo paling ditunggu-tunggu, Afgan dan Lyodra, tampil dengan persembahan yang luar biasa dan penuh memukau, memikat hati peminat yang hadir.

Konsert ADA menawarkan pengalaman muzik yang tidak terlupakan, dengan gabungan lagu-lagu popular dari kedua-dua penyanyi. Afgan, dengan suaranya yang mengasyikkan, mempersembahkan lagu-lagu hits seperti ‘Jodoh Pasti Bertemu’, ‘Bawalah Cintaku’, dan ‘Kamu Yang Ku Tunggu’, manakala Lyodra memukau penonton dengan lagu-lagu seperti ‘Sang Dewi’, ‘Tak Dianggap’, ‘Menyesal’, lagu wajib ‘Ada’ dan banyak lagi.

Konsert ADA dihadiri oleh ribuan peminat dari seluruh Malaysia, menjadikan suasana malam tadi penuh dengan kegembiraan dan sorakan. Selain persembahan yang memukau, penganjuran acara ini turut disokong oleh rakan radio rasmi, ERA, Sinar serta Gegar, dan rakan media rasmi, Gempak.

Sering Bermanja Dengan Anjing Peliharaan, Peminat Terkejut Lihat Afgan Tunai Haji
afganLyodra
https://lomp.at/p3gm0
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem