Tuesday, August 26, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Siti Nurhaliza Tersenarai Dalam 500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia, Titip Rasa Syukur!

by Naddy Joe
October 11, 2024
20
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan rasa syukur apabila namanya tersenarai dalam The Muslim 500: The World’s 500 Most Influental Muslim edisi 2025.

Siti atau nama penuhnya Siti Nurhaliza Tarudin ketika ditemui Murai MY, menyatakan bahawa penghargaan tersebut telah memotivasikan dirinya untuk lebih giat dalam memberikan sumbangan kepada perkembangan dunia Islam.

“Alhamdulillah saya rasa bersyukur dan rasa terharu untuk tersenarai dalam The Muslim 500: The World’s 500 Most Influental Muslim.

Ini adalah satu penghargaan yang membuatkan saya rasa apa yang saya buat perlu menyumbang kepada agama dan juga dunia Islam walaupun dalam kategori seni.”-katanya ketika ditemui Murai MY

Berdasarkan catatan The Muslim: 500 The World’s 500 Most Influental Muslim Edisi 2025 yang diterbitkan sebuat pusat kajian bebas, Pusat Kajian Strategik Diraja Islam (RISCC) yang bernaung bersama Institut Pemikiran Islam Diraja Aal al-Bayt berpangkalan di Amman, Jordan,

Siti Nurhaliza disenarai bersama individu berpengaruh dunia termasuklah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta penyanyi dan komposer iaitu Hafiz Hamidun.

Siti berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di sidang media Konsert The Journey of Sound yang berlangsung di Hotel St Giles, Kuala Lumpur pada Khamis.

Dalam perkembangan lain, Siti Nurhaliza bakal berkongsi pentas bersama penyanyi terkenal Indonesia, Judika menerusi konsert The Journey Of Sound yang bakal berlangsung di Stadium Merdeka pada 14 Disember ini.

Penjualan tiket dibuka bermula 12 OKTOBER 2024 jam 10
pagi dengan pembelian EARLY BIRD akan berlangsung dari minggu pertama sehingga ketiga bermula harga RM199 sehinggalah RM1,299.

Kesemua kategori tiket boleh dibeli menerusi TICKET2U.COM.MY.

[VIDEO] Gelagat Anak Siti Nurhaliza, Afwa Tutup Lampu Buat Ramai Terkejut!
siti nurhaliza
https://lomp.at/qvi04
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Waris Selar Kenyataan Saifuddin Nasution, Dakwa “Tipu & Fitnah” Ibu Zara Qairina

  2. 2

    Selain Peguam Ram Singh, Video Liputan Munafik Hunter Oleh Caprice Di Mahkamah Sabah Jadi Perhatian

  3. 3

    Kapsyen Aliff Aziz Di Thread Undang Pelbagai Reaksi Netizen!-“Acah La Engkau..”

  4. 4

    [VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!

  5. 5

    [VIDEO] Peminat Terkejut Dengar Erra Fazira Menyanyi Lagu Dangdut

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem