Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update #ApaPlan

Suria KLCC Mempersembahkan Hiasan Taman Oriental Mekar Sempena Tahun Baru Cina 2025

Hayati gabungan tradisi dan inovasi dalam sambutan meriah yang tiada tandingan!

by Jash Lee
January 16, 2025
Share on Facebook

Suria KLCC merupakan destinasi beli-belah ikonik Malaysia melancarkankempen Tahun Baru Cina 2025 yang menjanjikan pengalaman perayaan unik dan meriah dari 3 Januari hingga 9 Februari. Dengan tema Taman Oriental Kontemporari, sambutan tahun ini menampilkan hiasan menakjubkan, ganjaran beli-belah, dan persembahan budaya yang mencerminkan semangat warisan dan tradisi.

Melangkah ke dalam Taman Oriental berwarna merah dan emas yang memukau di Centre Court, dihiasi motif halus potongan kertas Cina. Sorotan utama termasuk gerbang besar, pagoda Cina yang menarik, dan dua belas zodiak Cina.

Jambatan yang indah merentasi kolam digital koi interaktif, di mana pengunjung boleh memilih harapan mereka dan melihatnya dipaparkan dengan indah di kolam tersebut. Menambahkan suasana mempesona, ‘Gold Blossoming Tree of Prosperity’ tersergam megah di taman itu, melambangkan kemakmuran dan kesejahteraan untuk semua.

Di Esplanade KLCC, para pengunjung dapat melihat sebuah gerbang besar Cina yang megah disertai dengan menara yang mengagumkan. Struktur ini dihiasi dengan tanglung merah yang membawa tuah, mencipta pemandangan menyerupai terowong, sesuai untuk gambar perayaan
yang sempurna.

Sepanjang tempoh kempen, pengunjung boleh menikmati pelbagai persembahan budaya dan aktiviti menarik, termasuk:

• Tarian Singa: Saksikan kehebatan tarian tradisional ini pada 19, 26 Januari, 2, 9 Februari, dan dua hari pertama Tahun Baru Cina (29, 30 Januari).
• Persembahan Muzik Tradisional Cina: Persembahan oleh alat muzik tradisional seperti erhu dan guzheng pada 18, 25 Januari, serta Hari Pertama Tahun Baru Cina (29 Januari).
• Bengkel Perhiasan Barang Kemas: Pengunjung boleh menyertai sesi pembuatan barang kemas dengan kerjasama Luna Jewellery pada Hari Pertama dan Kedua Tahun Baru Cina (29, 30 Januari), dengan aktiviti tambahan pada 19 dan 26 Januari.

Pembeli yang berbelanja RM2,500 atau lebih dalam dua resit layak menebus e-Baucar Beli-Belah Suria KLCC bernilai RM100 dan sekotak Angpau Suria KLCC. Bagi pembelian RM10,000 ke atas, ganjaran adalah e-Baucar RM300 bersama set Angpau. Selain itu, pelanggan yang membeli e-Baucar bernilai RM1,000 akan menerima e-Baucar bonus RM100, sesuai sebagai ‘e-AngPow’ untuk yang tersayang. Bonus ini terhad kepada 50 pelanggan pertama sepanjang kempen.

Selaras dengan komitmen Suria KLCC terhadap kesejahteraan komuniti, kempen tahun ini turut menyokong kesedaran kesihatan mental. Pengunjung boleh membeli ‘Suria Ribbon Pin’ pada harga RM10, yang membolehkan mereka memilih ucapan bermakna untuk dipamer di ‘Gold Blossoming Tree of Prosperity’.

“Tema Taman Oriental Kontemporari kami tahun ini membawa sentuhan moden kepada nilai tradisi yang abadi. Kami juga berbesar hati menyokong kesedaran kesihatan mental melalui inisiatif ‘Gold Blossoming Tree of Prosperity’, membolehkan pembeli-belah menyumbang dengan bermakna sambil menikmati suasana perayaan,” kata Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

Untuk maklumat lanjut, sila layari lama web Suria KLCC – www.suriaklcc.com.my/www.facebook.com/SuriaKLCCMall

#CNYwithSuriaKLCC

#CNYwithSuriaKLCC
https://lomp.at/jr7b0
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

#ApaPlan

Raikan Hari Kekasih Yang Memukau Di Marini’s Group

by Naddy Joe
February 14, 2026

Alami malam yang sempurna bersana The Marini's Group pada Hari Kekasih ini. Nikmati makan malam istimewa bersama kekasih sambil menikmati...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara