Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Didik Anak Qada Solat Fardu Yang Pernah Tinggal, Nora Danish Tekad Ganti Solat Sehingga Mati

by Puteri Alia
February 6, 2025
Share on Facebook

Pelakon Nora Danish kini sedang mendidik diri dan anak-anaknya untuk qada solat bagi solat-solat fardu yang pernah ditinggalkan. Perjalanan hijrahnya ke arah yang lebih baik sudah bermula sejak enam bulan lalu, di mana dia mula menyedari pentingnya menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah dengan menyempurnakan solat yang belum dilaksanakan.

Nora mengakui bahawa apabila sudah berhijrah, banyak perkara positif yang datang dalam hidupnya, dan salah satu pengajaran besar yang diterimanya adalah kewajipan untuk qada solat jika ada yang terlepas.

“Sekarang, saya menekankan perkara itu kepada anak-anak saya, di mana, kalau mereka meninggalkan solat, mereka tetap kena menggantikan,” katanya. Nora juga berkongsi pengalaman peringkat awal dalam melaksanakan qada solat, yang mana ia membuatkan dirinya menangis kerana rasa penat menunaikan solat yang lebih banyak berbanding sebelumnya.

Namun, Nora tidak berputus asa. Setiap kali menunaikan solat fardu, dia akan menambah rakaat untuk menggantikan solat yang telah tertinggal.

Sebagai contoh, jika waktu solat Zuhur memerlukan empat rakaat, dia akan menambah empat rakaat lagi untuk qada solat yang ditinggalkan. Di peringkat awal, Nora mengakui bahawa ia sangat meletihkan dan membuatkan dirinya menangis kerana terpaksa menggandakan ibadah.

Namun, lama kelamaan, ia menjadi lebih mudah dan semangat untuk terus beramal semakin kuat. “Kalau solat sekejap, rasa macam ‘Eh, sekejapnya’. Sebab dah macam berlatih, kan. Jadi, kita macam jadi ‘ketagih’ pula benda itu. Insya-Allah,” katanya.

Topik Berkaitan Mickey Ayo Dedah Detik Sebenar Kenal Nora Danish, Nafi Langsung ‘DM-DM’ di Instagram

Melalui amalan solat yang semakin konsisten, Nora merasakan ketenangan jiwa yang semakin mendalam, dan ia membantunya mengendalikan setiap ujian hidup dengan lebih tenang. Kini, dia lebih bijak dalam menghadapi masalah dan tidak mudah terikut emosi seperti sebelumnya. Nora percaya bahawa dengan berserah segala-galanya kepada Allah, kehidupan akan lebih teratur dan penuh ketenangan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
nora danish
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Siap Bawa Buku Nota Ketika Bersanding! 7 Perkara Curi Perhatian Di Resepsi Syed Saddiq & Bella Astillah

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Majlis resepsi perkahwinan Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah nyata mencuri perhatian ramai. Bukan...

Read moreDetails
Spotlight

“Tak Mahu Turunkan Key”- Jaclyn Victor Cabar Diri Dalam Konsert Bersama MPO

by Phic ARMAN
September 22, 2026

Selepas sekian lama menyimpan impian untuk mengadakan konsert solo bersama Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO), penyanyi berkuasa vokal, Jaclyn Victor akhirnya...

Read moreDetails
Spotlight

“Sampai Besar Anak Ingat?”- Ain Edruce Persoalkan Isu Mak Ayah Bergaduh Depan Anak

by Phic ARMAN
November 12, 2026

Pergaduhan suami isteri bukan perkara asing dalam kehidupan berumah tangga. Namun, apabila konflik berlaku di hadapan anak-anak, sejauh mana perkara...

Read moreDetails
Spotlight

Bukan Sekadar Reunion! Raqim Ahmad Ada Sebab Istimewa Himpunkan Juara AF Di GV13

by Phic ARMAN
October 23, 2026

Sempena ulang tahun ke-30 Astro, Gegar Vaganza Fantasia (GV13) tampil dengan pendekatan istimewa apabila menghimpunkan dua jenama hiburan yang cukup...

Read moreDetails
Penyanyi Iran
Spotlight

Muncul Tanpa Hijab Dalam Video Muzik, Penyanyi Iran Ini Hampir Dihukum 74 Sebatan

by Nurul A.
October 2, 2026

Penyanyi wanita berasal dari Iran, Anita Popist dilaporkan hampir menerima 74 sebatan selepas muncul tanpa hijab dalam video muziknya. Anita...

Read moreDetails
Putera mahkota
Spotlight

[FOTO] Momen Comel, Putera Mahkota Jordan & Putera Mateen ‘Dating’ Bawa Anak

by Nurul A.
October 2, 2026

Sebuah pertemuan antara keluarga diraja Brunei dan Jordan telah mencuri perhatian ramai. Menerusi perkongsian gambar di Instagram, Putera Mahkota Jordan,...

Read moreDetails
Foto - @izaraaishahofficial (IG)
Spotlight

“Lesti, Saya Mohon Maaf Atas Adab Saya”- Izara Aishah

by Nurul A.
October 20, 2026

Pelakon Izara Aishah mencuri perhatian selepas menegur pasukan penyanyi Indonesia, Lesti Kejora secara terbuka di platform Threads baru-baru ini. Menyedari...

Read moreDetails
Kim Soo Hyun
Spotlight

Kim Soo Hyun ‘Ugut’ Mahu Saman Netizen?

by Nurul A.
October 16, 2026

Aktor Korea Selatan, Kim Soo Hyun melalui agensinya, Gold Medalist, mengambil keputusan untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan...

Read moreDetails
Robert Pattinson
Spotlight

Ada Unsur Ped*filia, Filem Thriller Robert Pattinson Diharamkan Di Malaysia

by Nurul A.
October 7, 2026

Nampaknya peminat Robert Pattinson tidak berpeluang untuk menyaksikan lakonan aktor itu menerusi filem thriller psikologi terbarunya, 'Primetime' di pawagam tempatan....

Read moreDetails
Spotlight

Kagum Lihat Siti Nurhaliza Sentiasa Kuat, Nasihat Pengurus Buat Ramai Tersentuh

by Phic ARMAN
November 6, 2026

Di sebalik kejayaan dan konsistensi Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam industri seni, pastinya ada cabaran serta tekanan yang tidak diketahui...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara