Aktor popular Korea Selatan, So Ji Sub telah mengejutkan orang ramai dengan sikap murah hatinya. Dia bukan sahaja menghadiahkan kakitangan produksi dengan emas, malah peminatnya juga!
Baru-baru ini, Ji Sub mengadakan pertemuan dengan peminatnya, ‘Soulmate The Timeless‘, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Taipei, Taiwan. Dilaporkan kira-kira dua ribu peminat memenuhi tempat di acara tersebut.
So Ji Sub ‘Belanja’ Peminat Taiwan Jongkong Emas
Semasa acara tersebut, selain berkongsi tentang karya dan aktivitinya, Ji Sub turut mengumumkan bahawa dia telah menyediakan hadiah kejutan iaitu jongkong emas untuk peminat yang bertuah.
Jongkong emas itu diukir dengan mesej penghargaan kepada peminat Taiwan, mengandungi namanya “So Ji Sub” dan tarikh “7 November’ sebagai memperingati acara tersebut.
Untuk menerima emas tersebut, peminat perlu menjawab lima daripada tujuh kuiz yang disediakan dengan betul.

Untuk makluman semua, sebelum ini aktor Korea tersebut pernah menghadiahkan 1 gram emas kepada semua pelakon dan kakitangan drama “Agent Kim Reactivated” dengan anggaran ₩100 juta (RM301,846.90).











