Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Terasa Gelap Masa Depan, Nabil Ahmad Akui Menangis Ketika Dapat Surat “Direhatkan”

by Puteri Alia
March 25, 2025
Share on Facebook

Pengacara Nabil Ahmad baru-baru ini mengakui bahawa dia menangis ketika menerima surat yang memberitahunya bahawa dia direhatkan daripada tugas sebagai penyampai radio Era. Keputusan itu dibuat selepas Nabil terpalit dengan isu kontroversi yang didakwa menyentuh sensitiviti perkauman. Dalam satu temu bual podcast bersama bekas pengacara, Aidid Marcello, Nabil menceritakan bahawa dia merasa sangat terkejut dan tergugat apabila menerima surat tersebut.

“Selepas saya dapat surat direhatkan, saya terus ke Masjid Bandar Utama dan menangis. Saya terfikir, sudah habiskah? Adakah ini penghujung (kerjaya) saya?” kata Nabil, 42, sambil mengenang detik-detik sukar tersebut. Pada waktu itu, Nabil mula mempersoalkan masa depan kerjayanya yang telah dibina bertahun-tahun, terutama sekali kerana dia tidak pernah menganggap dirinya akan berdepan dengan situasi seperti itu.

Bagi Nabil, situasi tersebut memberikan impak besar terhadap emosinya, lebih-lebih lagi apabila dia perlu memikirkan tentang tanggungjawab keluarga. “Saya tidak pernah tak kerja, selalunya akan dapat cuti atau mohon cuti sendiri. Namun, kali ini berbeza kerana saya direhatkan dalam keadaan sedang bekerja dan memerlukan pekerjaan itu. Anak-anak juga sedang membesar, dapat surat macam itu memang mental,” tambah Nabil, yang merasa seperti tidak percaya bahawa kerjaya yang dibinanya selama ini boleh terhenti begitu sahaja.

Keputusan untuk direhatkan juga memaksa Nabil memikirkan perancangan masa depan yang lebih panjang. Nabil berkata, dia pernah berazam untuk menjadi seorang pengacara yang tiada ganti dan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh orang ramai. Namun, insiden tersebut menyebabkan dia meragui masa depannya dalam industri ini. “Karier ini memang tak ada ‘backup’. Kalau masa itu habis, kau pun habis,” ujar Nabil.

Topik Berkaitan [VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin 'Ex', Ini Jawapan Bella Astillah

Kontroversi yang melanda Nabil bermula apabila dia, bersama Azad Jasmin dan Radin, dikecam selepas video mereka tular memperlihatkan mereka bergurau dengan menyebut ‘Vel Vel’, yang dipercayai mempersendakan ritual masyarakat Hindu. Insiden ini mengundang kritikan meluas dari pelbagai pihak dan menyebabkan Maestra Broadcast Sdn. Bhd., syarikat penyiaran yang mengendalikan stesen radio Era, dikenakan kompaun sebanyak RM250,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Namun, SKMM memutuskan untuk tidak menggantung lesen stesen radio tersebut selepas mempertimbangkan beberapa faktor. Dalam usaha untuk memperbaiki keadaan, Nabil, Azad dan Radin tampil memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat Hindu atas tindakan mereka yang dianggap sensitif dan tidak bertanggungjawab.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Era Fmnabil ahmad
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

“All Is Well, Alhamdulillah” – Aina Abdul Kekal Positif, Anwar Titip Ucapan

by Phic ARMAN
November 15, 2026

Kejayaan penyanyi bersuara lantang, Aina Abdul meraih tempat keempat dalam Eurovision Song Contest Asia 2026 nyata membanggakan rakyat Malaysia. Malah,...

Read moreDetails
Spotlight

Nora Danish ‘Naik Angin’ Kenyataan Disunting Kaitkan Pemandu Lori – “Itu Fitnah Sama Sekali”

by Phic ARMAN
October 20, 2026

Pelakon Nora Danish tampil menjelaskan isu kenyataannya mengenai pemandu lori yang tular di media sosial selepas terdapat pihak tidak bertanggungjawab...

Read moreDetails
Spotlight

“Sampai Besar Anak Ingat?”- Ain Edruce Persoalkan Isu Mak Ayah Bergaduh Depan Anak

by Phic ARMAN
November 12, 2026

Pergaduhan suami isteri bukan perkara asing dalam kehidupan berumah tangga. Namun, apabila konflik berlaku di hadapan anak-anak, sejauh mana perkara...

Read moreDetails
Kung Fu Aksi
Filem

12 Filem Aksi & Kung Fu Ditayang Percuma Selama 2 Hari- Hanya Di GSC Mid Valley!

by Nurul A.
October 27, 2026

Tayangan Khas Aksi dan Kung Fu Tempatan & Luar Negara 2026 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Southern...

Read moreDetails
Foto - @cikepal06 (IG)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Yuki Dengan Cik Epal Buat Ramai Yang Sebak- “Dia Rindu Tapi Tak Pandai Luah”

by Nurul A.
September 23, 2026

Sebuah video lama milik usahawan dan pempengaruh, Cik Epal (CE) bersama anaknya, Yuki kembali tular selepas dikongsi oleh seorang pengguna...

Read moreDetails
JENNIE
Spotlight

JENNIE Dihentam Kerana OST “Steps”, Apa Kaitannya Dengan Justin Tranter?

by Nurul A.
October 19, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, JENNIE, telah dikritik selepas dilaporkan muncul dalam runut bunyi untuk filem animasi Netflix, "Steps". Apa Kaitan OST...

Read moreDetails
Spotlight

Zizie Izette Kesal Arwah Suami Difitnah – “Nak Bergosip Tu Berpada-padalah”

by Phic ARMAN
October 21, 2026

Kadang-kadang, cerita yang tersebar di media sosial boleh jadi lebih hebat daripada skrip drama. Namun, apabila nama individu yang sudah...

Read moreDetails
Spotlight

Bukan Sekadar Reunion! Raqim Ahmad Ada Sebab Istimewa Himpunkan Juara AF Di GV13

by Phic ARMAN
October 23, 2026

Sempena ulang tahun ke-30 Astro, Gegar Vaganza Fantasia (GV13) tampil dengan pendekatan istimewa apabila menghimpunkan dua jenama hiburan yang cukup...

Read moreDetails
Spotlight

Puteri Sarah Sentuh Soal Jodoh, Kaitkan Tentang Sekufu Dari Kisah Tun M & Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 29, 2026

Bila bercakap tentang jodoh, ramai mungkin terus fikir tentang pasangan yang boleh buat kita bahagia. Tetapi bagi pelakon Puteri Sarah...

Read moreDetails
Korea
Spotlight

Baru Episod 6, Netizen Korea Nak Boikot Drama “Doctor X: Mafia in White”?

by Nurul A.
October 27, 2026

Walaupun ada yang memuji "Doctor X: Mafia in White", namun baru-baru ini drama itu telah mencetuskan perdebatan di kalangan netizen...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara