Siapa yang tidak kenal dengan Datin Noor Hasliah Abu Hassan atau lebih dikenali sebagai Alyah. Beliau merupakan seorang penyanyi yang cukup terkenal di Malaysia serta merupakan isteri kepada seorang pemuzik terkenal iaitu Dato Ramli M.S.
Alyah memulakan kerjayanya pada tahun 2000 ketika beliau berusia 19 tahun apabila menjadi juara dalam pertandingan nyanyi Bintang HMI anjuran RTM. Namun Alyah dikenali ramai pada tahun 2008 apabila lagunya ‘Tak Mungkin Kerna Sayang’ menjadi tumpuan ramai sehingga ke hari ini.
“Comel Betul Mata Izzara Yang Bulat Tu, Geram Jugak Dengan Pipi Dia”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Datin Alyah yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.6 juta, tanda suka sebanyak 106 ribu dan sebanyak 4,011 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan datin Alyah yang menyanyi sambil memegang anak perempuannya itu.
@alyah81official Aduiii haiii terabo terabolah nyanyi cam ni.Sbb ada yg memandang 🙈🙈🙈#fypシ゚viral #fypシ #fyp #alyahthecutesinger #trending #alyahizzara #tiktoklive #livehighlights
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa reaksi Izzara kelihatan sangat comel terutamanya pipi dan matanya yang bulat seperti anak patung itu. Tambah mereka lagi, kini wajah Izzara kelihatan seiras dengan Datin Alyah dan Tok Ram.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.