Baru-baru ini nama Aamir Khan menjadi tumpuan ramai selepas dia berkongsi beberapa kisah di sebalik tabir tentang watak yang pernah dilakonkan dalam filem serta proses mencipta watak supaya ia kelihatan lebih menyakinkan.
Daripada kongsiannya itu, kisah mengenai watak dalam filem ‘Ghulam’ yang mengejutkan peminatnya. Semasa sesi ‘Soal Jawab’ dalam temu bual tersebut, Aamir ditanya mengenai khabar angin yang mengatakan dia tidak mandi berhari-hari ketika melakukan penggambaran untuk ‘Ghulam’.

Tanpa disangka, Aamir mengiyakan khabar angin tersebut dan mendedahkan bahawa dia tidak mandi selama 12 hari untuk penggambaran filem itu.

Tambahnya lagi, keputusan untuk tidak mandi itu kerana terdapat urutan aksi panjang di mana dia dipukul teruk. Jika mandi, luka-luka yang dibuat akan rosak dan perlu dia memutuskan untuk tidak mandi sehingga adegan penggambaran itu selesai.
“Ada urutan yang mesti diambil dan kemuncaknya ialah saya dipukul. Sudah tentu ada luka jika dipukul. Kalau saya mandi setiap hari selepas penggambaran, luka yang dilakukan oleh pasukan jurusolek akan terpadan dan ia akan merosakkan kesinambungan adegan.”

“Jadi saya memutuskan untuk tidak mandi selama beberapa hari untuk kekalkan ‘rupa’ dan ‘feel’ yang sama untuk adegan itu. Kalau saya mandi nanti saya akan kelihatan segar selepas itu dan saya tak mahu itu.”
Kongsinya lagi, ‘Ghulam’ bukan satu-satunya filem yang dia tidak mandi tetapi juga dalam filem ‘Raakh’. Dia yang memegang watak individu yang tinggal di jalanan tidak mahu mandi kerana hasilnya akan nampak lebih menyakinkan.
Apa pendapat kamu?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.