Rani Mukerji dan Aditya Chopra berkahwin pada 2014, dan sejak daripada itu mereka telah menjadi salah satu pasangan Bollywood yang paling popular walaupun kedua-duanya cuba untuk tidak menjadi tumpuan orang ramai.
Disebalik kebahagiaan rumah tangga yang ditayangkan, Rani pernah membuat satu pengakuan yang agak mengejutkan suatu ketika dahulu mengenai suaminya. Dalam pengakuannya, Rani mendedahkan bahawa dia akan dikutuk suaminya setiap hari, sepanjang perkahwinan mereka.

Dalam sebuah temu bual lama dengan Siddharth Kanan, Rani ditanya sama ada Aditya akhirnya membuat keputusan untuk membenarkan paparazi mengambil gambarnya. Jawab Rani, suaminya itu tidak suka bergambar dan tidak pernah benarkan gambarnya diambil oleh paparazi.
Sambungnya, Aditya tidak suka dikenali sebagai pembuat filem kerana dia mahu kekal berhubungan dengan penontonnya tanpa disedar dan pergi ke tempat-tempat awam tanpa gangguan.

“Sebab itulah saya setiap hari dikutuk kerana sejak dia berkahwin dengan saya, saya rasa gambarnya sering kali diambil oleh paparazi di mana-mana sahaja. Dia bencikan itu.”

Pada masa yang sama, Rani turut bercakap mengenai sokongan Aditya dalam hidupnya. Dia mendedahkan bahawa suaminya telah mendorongnya untuk menyambung kerja selepas melahirkan anak kerana melihatnya seperti bukan dirinya yang sebenar.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.