Thursday, July 10, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Joey Daud Kembali Gegar Industri Muzik Dengan “Wamwamsam” – Komedi Pop Rock Sarat Sindiran Sosial

by Aphit J.
May 24, 2025
32
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas memikat hati penonton dengan lakonan ikonik sebagai Daud M dalam filem terakhir arahan Allahyarham Mamat Khalid, Joey Daud kini muncul kembali dalam dimensi seni berbeza.

Lancar Single Terbaru

via OPR Network

Pelakon, pelawak dan penyanyi serba boleh ini bakal melancarkan single terbaharunya berjudul Wamwamsam pada 20 Mei 2025.

Lagu ini menjanjikan sesuatu yang di luar jangkaan – sebuah karya pop rock eksperimental berunsur komedi, namun sarat dengan mesej mendalam.

Wamwamsam bukan sekadar lagu jenaka biasa. Ia sebuah karya yang menyelitkan kritikan sosial, sindiran sinikal dan renungan tentang pentingnya wawasan serta pendidikan.

Dalam alunan muzik yang rancak dan lirik yang mencuit hati, Joey menyampaikan mesej besar mengenai keperluan pembentukan minda generasi masa depan – menyasarkan semua peringkat usia, daripada pelajar sekolah hingga pembuat dasar negara.

Sudah Mula Menandatangani Sejak Tahun 1994

via OPR Network

Joey Daud bukan nama asing di bawah label Luncai Emas Sdn Bhd.

Beliau merupakan artis rakaman pertama yang ditandatangani oleh Dato’ M. Nasir pada tahun 1994.

Maka, apabila idea untuk menghasilkan Wamwamsam muncul, pihak Luncai Emas tidak teragak-agak untuk menjayakannya.

Lagu ini turut mendapat sentuhan kreatif dua komposer muda berbakat besar, Ilham Nasir dan Hidayat Nasir, yang memberikan nafas segar melalui susunan muzik berani dan moden.

Menambah kekuatan lagu ini ialah kehadiran A.D, anggota kumpulan hip hop Sabah, Isohbatos, yang menyuntik elemen rap berbahasa Melayu Borneo.

Arahan Anak Kepada Allahyarham Mamat Khalid.

via OPR Network

Kolaborasi ini menyatukan rentak dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak, menjadikan Wamwamsam sebagai karya kebangsaan yang inklusif dan menyeluruh.

Menariknya, video muzik rasmi Wamwamsam diarahkan oleh Amen Khalid, anak kepada Allahyarham Mamat Khalid.

M Nasir Hadir Dengan CIPTA RAYA Di Zepp KL Pada 13 April Ini, Peminat Boleh Nikmati Juadah Raya Sambil Berhibur!

Video ini bukan sekadar pelengkap lagu, tetapi menjadi teaser eksklusif kepada filem akan datang, Daud M, kesinambungan watak popular Joey.

Dengan konsep sinematik ala filem pendek, ia menggambarkan kisah pelajar kampung yang menentang norma demi mengejar ilmu.

Visual retro sekolah, guru eksentrik dan sindiran sosial tajam menjadikan video ini bukan hanya hiburan, tetapi bahan refleksi masyarakat.

Wamwamsam dijangka menjadi fenomena baharu yang bukan sahaja menghibur, tetapi menggerakkan minda.

Joey DaudLuncai Emasm nasir
https://lomp.at/4g46z
Share13Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem