Friday, October 10, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

‘Malaysia, Are You Okay?’-My Chemical Romance Sah Gegar Bukit Jalil 2026 Selepas 19 Tahun Menyepi

by Puteri Alia
July 7, 2025
Share on Facebook

Selepas hampir dua dekad menanti, impian peminat My Chemical Romance (MCR) di Malaysia akhirnya menjadi kenyataan apabila kumpulan rock ikonik dari New Jersey itu mengesahkan Kuala Lumpur sebagai salah satu destinasi konsert jelajah Asia Tenggara mereka. Perkara itu diumumkan secara rasmi menerusi laman Instagram MCR yang mendedahkan mereka bakal menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 April 2026 dalam sebuah persembahan mega yang dijangka mengubat rindu peminat setia band tersebut.

Meskipun maklumat lanjut seperti harga dan tarikh jualan tiket masih belum didedahkan, pengumuman ini sahaja sudah cukup mencetuskan keterujaan luar biasa dalam kalangan peminat tempatan. Ini merupakan kemunculan semula MCR di Malaysia selepas kali terakhir mereka membuat persembahan pada 9 Disember 2007 menerusi The Black Parade Tour yang berlangsung di Stadium Merdeka dan berjaya menarik lebih 10,000 penonton. Nostalgia terhadap lagu-lagu malar segar seperti Welcome to The Black Parade, Helena, I Don’t Love You dan I’m Not Okay masih utuh dalam kalangan peminat, sekali gus menjadikan konsert yang bakal berlangsung ini sebagai antara acara muzik paling dinanti-nantikan tahun depan.

MCR yang ditubuhkan pada 2001 oleh vokalis Gerard Way, turut dianggotai oleh Ray Toro, Frank Iero dan Mikey Way. Mereka dikenali sebagai salah satu band paling berpengaruh dalam era emo rock dan alternatif dengan karya-karya yang bukan sahaja sarat emosi, malah memberi impak besar terhadap budaya muzik remaja global pada era 2000-an.

Selain Malaysia, kumpulan ini turut mengumumkan destinasi lain seperti Korea Selatan, Filipina, Singapura, Thailand dan Indonesia sebagai sebahagian daripada konsert jelajah mereka. Tanda-tanda awal kehadiran MCR ke Malaysia sebenarnya sudah mula dihidu peminat sejak akhir bulan lalu apabila tular paparan misteri di sebuah papan iklan digital di ibu kota yang memaparkan mesej ringkas, “Malaysia, are you okay?” Mesej itu yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok menjadi teka-teki hangat dalam kalangan peminat, namun kini teka-teki tersebut akhirnya terjawab.

Bila, Di Mana, Harga? Akhirnya My Chemical Romance Umum Konsert Di Malaysia

Dengan konfirmasi ini, ribuan peminat dijangka membanjiri Bukit Jalil tahun depan untuk menyaksikan sendiri kebangkitan semula sebuah kumpulan yang pernah menjadi suara generasi. Malaysia kini secara rasmi berada dalam radar dunia hiburan antarabangsa sekali lagi, dan nama MCR bakal kembali berkumandang dengan lebih lantang dari sebelumnya.

MCRmy chemical romance
https://lomp.at/jvuna
Share4Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Lafaz Talak Depan 25K Penonton, Siti Jamumall Tunggu Keputusan 22 September!

by Puteri Alia
August 7, 2025

Kes pengesahan lafaz cerai pasangan pempengaruh media sosial, Aiman Tak Kesah dan Siti Jamumall, semakin hampir ke noktah apabila Mahkamah...

Read more
Foto - 成龍 Jackie Chan Fan Club (FB)
Bollywood

Janji Nak Buka Restoran Bersama, Ramai Tak Tahu Bahawa SRK & Jackie Chan Kawan Baik!

Ramai yang tahu bahawa King of Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) bukan sahaja popular di India, malah luar negara. Reputasinya...

Read more
by Nurul A.
September 29, 2025
Lokal

[VIDEO] Bonda Rozita Ibrahim Kongsi Detik Cemas Suami Dikejarkan Ke Hospital Di China

Ibu kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita Ibrahim yang juga usahawan terkenal berkongsi detik cemas...

Read more
by Naddy Joe
August 5, 2025
Lokal

[VIDEO] Siti Nurhaliza Sebak Saat Bersama Tun Hasmah

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan Siti Nurhaliza yang menangis ketika menyanyi sambil diiringi violin yang dimainkan oleh Tun Dr...

Read more
by Noah Ab
September 4, 2025
Lokal

Fazura Serah Bukti Fitnah ke MCMC, Netizen Hina Arwah Bapa dan Anak Jadi Sasaran

Fazura sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila kelibatnya dilihat berada di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dipercayai berkaitan...

Read more
by Puteri Alia
July 25, 2025
Lokal

Akhirnya Graduasi! Leona Curi Tumpuan Dengan Kebaya Merah Jambu

Selepas tiga tahun menimba ilmu di bumi asing, personaliti media sosial yang sudah pastinya dikenali ramai, Kasih Iris Leona akhirnya...

Read more
by Aphit J.
July 19, 2025
Lokal

Doktor Pasang Zikir Lepas Nampak X-Ray Zara Zya, Disangka Pakai Susuk!

Pelakon terkenal Zara Zya berdepan detik melucukan apabila disalah anggap memakai susuk selepas keputusan imbasan X-ray gigi yang menunjukkan kewujudan...

Read more
by Puteri Alia
July 31, 2025
Lokal

Syifa Melvin Beri Respon Selepas Ada Netizen Bimbang Jarak Kehamilannya Terlalu Rapat?-“Masa Beranak Nanti…”

Umum mengetahui, pelakon, pengacara dan model iaitu Syifa Melvin baru-baru ini telah mengumumkan khabar gembira mengenai dirinya yang kini sedang...

Read more
by Naddy Joe
August 11, 2025
Lokal

Uqasha Tepis Dakwaan Gelaran ‘Datuk’ Adik Ipar Dibeli, Dedah Status Kerabat & Sumbangan Hartanah

Menangkis dakwaan kononnya gelaran Datuk yang diterima adik iparnya dibeli, pelakon terkenal Uqasha Senrose tampil memberikan penjelasan berhubung isu tersebut....

Read more
by Puteri Alia
July 29, 2025
Lokal

Ramai Tolak Potong Rambut, Aqasha Pula Rela Botak Demi Watak – Erma Fatima Dedah Keikhlasan Pelakon Sejati

Tidak semua pelakon sanggup melakukan pengorbanan fizikal demi menjayakan watak, namun Aqasha membuktikan dirinya bukan sekadar bergantung pada rupa paras...

Read more
by Puteri Alia
August 1, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Anak Siti Nurhaliza Dengar Seperti Pangilan Suara Ketika Maghrib – Netizen Meremang Tengok Video Ini!

  2. 2

    [VIDEO] Fatima Dah Tak Sabar Nak Menari, Gelagat Comelnya Buat Ramai Cair!

  3. 3

    BINGKAS RM300 Untuk Rakyat Selangor- Jom Semak Kelayakan & Mohon!

  4. 4

    Lana Nodin Ditipu Syarikat Tekstil, Tampil Dedah Wajah Pasangan ‘Scammer’!-“Rupanya Ramai Yang Dah Terkena..”

  5. 5

    Rizalman Sentuh Soal Mahram Terhadap Aktivis GSF, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem