Sebilangan selebriti Hollywood mengalami pelbagai masalah penglihatan, daripada glaukoma, iritis sehingga buta sepenuhnya. Walaupun masalah penglihatan telah membataskan pergerakan mereka secara keseluruhan, tetapi ia tidak menjadi penghalang untuk mereka terus berjaya.
Untuk pengetahuan kamu, beberapa selebriti ini ada yang dilahirkan dengan keadaan perubatan yang menjejaskan penglihatan mereka, ada juga kerana penyakit dan kemalangan.
Nak tahu siapa mereka?
1. Fetty Wap
Rapper Amerika, Fetty Wap telah hilang penglihatan sebelah matanya akibat glaukoma kongenital, iaitu keadaan yang dialaminya sejak kecil. Selepas menjalani pembedahan membuang mata, dia memilih untuk tampil tanpa mata palsu sebagai bentuk penerimaan diri.
2. Mila Kunis
Membintangi filem ‘The Black Swan‘, aktres Mila Kunis telah mengalami buta sementara sebelah matanya akibat iritis yang teruk. Masalah penglihatan ini kemudiannya berkembang menjadi katarak dan akhirnya dia terpaksa menjalani pembedahan bagi mendapatkan semula penglihatannya.
3. Elton John
Pada tahun 2024, penyanyi Elton John mendedahkan bahawa dia telah menjadi buta akibat jangkitan mata yang serius. Jangkitan ini telah menyukarkan dia untuk melihat dengan jelas. Walaupun begitu, penglihatannya tidak menghalangnya daripada terus menghadiri dan mengambil bahagian dalam pelbagai projek muzik, termasuk muzikal ‘The Devil Wears Prada‘.
4. Missy Elliott
Untuk pengetahuan kamu, rapper Missy Elliott disahkan menghidap penyakit Graves iaitu gangguan autoimun yang menjejaskan tiroid dan boleh menyebabkan masalah mata. Kini dia menguruskan keadaannya itu melalui ubat-ubatan dan gaya hidup sihat.
5. Johnny Depp
Bintang ‘The Pirates of the Caribbean‘ mengakui dia mempunyai penglihatan yang sangat lemah sejak kecil. Johnny Depp secara sahnya, telah buta sebelah mata dan juga mempunyai masalah rabun dekat. Walaupun dengan masalah penglihatannya itu, dia kini masih lagi kekal sebagai salah seorang pelakon Hollywood yang paling ikonik.
6. Andrea Bocelli
Penyanyi Andrea Bocelli dilahirkan dengan glaukoma dan dia telah kehilangan penglihatan sepenuhnya selepas kemalangan bola sepak pada usia 12 tahun. Walaupun buta, Andrea telah berjaya menjual berjuta-juta album di seluruh dunia.
Masalah penglihatan bukanlah menandakan hidup mereka telah berakhir tetapi ia menjadi permulaan kepada satu perjalanan yang lebih bermakna!