Presiden Indonesia ketujuh, Joko Widodo atau lebih mesra disapa Jokowi, dilaporkan berada dalam keadaan sihat. Ini disahkan selepas Jokowi pulang ke kediamannya yang terletak di Soho, selepas bercuti lebih dua minggu bersama keluarga.
Keadaan terkini Jokowi itu disampaikan oleh pembantunya, Pesuruhjaya Polis Syarif Fitriansyah, yang mendedahkan bekas presiden Indonesia itu berada dalam keadaan baik dan sihat.
“Semalam beliau (Jokowi) pergi ke pantai dengan cucu-cucunya. Mereka bermain pasir dan beliau pun turut serta. Naik ATV bersama cucu-cucunya dan mereka juga bermain layang-layang.”
Syarif juga menyatakan bahawa Jokowi telah bercuti bersama cucu-cucunya selama dua minggu. Dia juga menafikan dakwaan di TikTok bahawa Jokowi telah meninggal dunia.
“Beliau ada di sini, baru sampai. Beliau dalam keadaan sihat dan cergas. Beliau masih pulih.”
Semasa bercuti, sepasukan doktor telah memantau rapat kesihatan Jokowi. Sebelum ini, Jokowi dilaporkan telah mengalami masalah kulit selepas pulang dari Vatican.
Untuk pengetahuan kamu pada hujung Jun 2025, tular sebuah video di media sosial dengan kapsyen “Jokowi dalam keadaan kritikal dan dimasukkan ke hospital”, mendakwa kesihatan Jokowi semakin merosot dan kritikal.
Melihatkan video tular yang mengandungi maklumat palsu, Syarif mengesahkan berita itu adalah tidak benar. Dia juga menggesa orang ramai supaya lebih arif dan peka dalam menerima maklumat di media sosial.
“Ia satu penipuan, mari kita bekerjasama untuk lebih bijak dalam menerima dan berkongsi maklumat. Jangan percaya apa-apa sebelum mengesahkan kebenarannya. Penyebaran tipu helah hanya akan menimbulkan keresahan dan merugikan orang ramai. Sahkan dahulu, kemudian baru berkongsi.”
Sekadar info; selepas siasatan lanjut dilakukan berdasarkan beberapa sumber, video yang dimuat naik itu merupakan rentetan daripada pengunjung restoran Angkringan Kopi Jos yang melanggar protokal kesihatan COVID-19 pada tahun 2020.