Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah & Cik Afzaa Fadini Bakal Bernikah 2 Oktober Ini

by Naddy Joe
September 22, 2025
Share on Facebook

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Saharafuddin Idris Shah berkenan memaklumkan bahawa putera baginda, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Saharafuddin Idris Shah Alhaj, akan melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Cik Afzaa Fadini binti Dato’ Abdul Aziz pada 2 Oktober ini di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah di Klang.

Istiadat Persandingan & Majlis Diraja Diadakan Pada 22 Oktober 2025

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, Istiadat Persandingan Diraja dan Majlis Diraja bagi memuliakan Istiadat Perkahwinan Diraja Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor akan diadakan di Balairung Seri dan Balai Santapan Diraja, Istana Alam Shah pada 22 Oktober 2025.

Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat Di Seluruh Masjid Negeri Selangor Pada 25 September Ini

Selain itu, majlis bacaan Yasin dan doa selamat akan diadakan pada 25 September di seluruh masjid di Negeri Selangor yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor bagi memohon doa semoga Istiadat Perkahwinan dan Majlis yang dirancang akan dapat berjalan dengan lancar dan sempurna serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

“Pada tarikh berkenaan juga Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor turut berkenan berangkat ke Majlis Doa Selamat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) di Shah Alam.”

Warga Maya Titip Doa & Ucapan Tahniah

Di ruangan komen, rata-rata warga maya menitipkan ucapan tahniah di atas pengumuman pernikahan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Saharafuddin Idris Shah Alhaj bersama Cik Afzaa Fadini binti Dato’ Abdul Aziz, malah ramai yang menitipkan doa agar perkahwinan tersebut diberkati Allah SWT.

“Alhamdulillah sembah Tahniah Tuanku. Semoga majlis istiadat Perkahwinan Di Raja berjalan dengan lancar Dan diberkati Allah swt kami Rakyat Selangor doakan ❤️💛 Daulat Tuanku.”

“Merafak Sembah Tahniah. Menjunjung kasih dan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah atas pernikahan Tuanku berdua. Semoga dengan limpah rahmat Allah SWT, perkahwinan ini diberkati dan dikurniakan kebahagiaan yang berpanjangan, zuriat yang soleh dan solehah serta kesejahteraan dunia dan akhirat. Ameen3x..”

“Daulat Tuanku Tahniah. Semoga pasangan diraja diberkati Allah swt selalu Alhamdulillah..”

Merafak Sembah Dan Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Saharafuddin Idris Shah Alhaj bersama Cik Afzaa Fadini binti Dato’ Abdul Aziz yang bakal melangsungkan pernikahan pada 2 Oktober ini..

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Raja Muda Selangor
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

  4. 4

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  5. 5

    Air Dah Berasap, Tapi Masih Kata Tak Panas! Kisah Pelanggan Cerewet Buat Ramai Geleng Kepala

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara