Kalau kamu nak tahu, kini bukan hanya golongan wanita dan kanak-kanak sahaja, tetapi golongan lelaki juga ada yang menjadi mangsa gangguan seksual. Kenyataan ini terbukti benar apabila pelakon dan model, Muhammad Al Syafiq mendedahkan dirinya berdepan dengan situasi tersebut.
Anak kedua kepada pelakon Dharma Harun ini mendedahkan situasi itu terjadi selepas dia berkongsi mengenai kesempitan hidup yang dialaminya. Akui Syafiq, dia telah ditawari pelbagai pekerjaan termasuklah yang kurang senonoh sehingga melibatkan maruah diri.
“Macam-macam tawaran dapat, contohnya ada yang nak sewa badan saya dengan harga RM1000. Saya baru saja dapat mesej itu awal Julai ini. Ada tawaran yang lagi teruk sebenarnya tapi saya rasa tidak sesuai untuk berkongsi kepada umum.”

Walau bagaimanapun, Syafiq mendedahkan dia tidak berminat dan tidak terfikir untuk menerima pekerjaan yang melibatkan maruah dirinya walaupun dia berada dalam keadaan terdesak memerlukan wang.
“Saya seorang model jadi memang ada berkongsi beberapa foto tubuh badan saya, cuma tak sangka dapat tawaran seperti itu sejak akhir-akhir ini. Terdesak macam mana mana sekali pun saya tak akan terima, saya masih fikir dosa.”
Bercakap soal itu, Syafiq akui dia tidak terkejut dengan tawaran pekerjaaan seperti itu kerana kerjayanya sebagai model. Bagi Murai, disebabkan oleh beberapa hantaran foto badannya sebagai portfolio seorang model di Instagram, Syafiq mempunyai peluang yang besar untuk menjadi mangsa gangguan seksual.
Tetapi ia bukanlah menjadi tiket untuk beberapa individu terus menganggu secara seksual dan ‘menyerang’ Syafiq di untuk menawarkannya beberapa pekerjaan yang kurang senonoh.
Pada masa yang sama, Syafiq juga menafikan dakwaan bahawa dia tidak mahu bekerja dan berusaha untuk membantu keluarganya. Jelasnya, dia melakukan pelbagai kerja termasuklah sebagai seorang pelakon, barista dan model.
Apa pendapat kamu?