Kalau sebut nama Dato’ Mirnawan Datuk Hj. Nawawi, peminat hoki semua kenal. Dulu masa zaman beliau jadi Kapten Pasukan Kebangsaan, orang panggil dia ‘The Boss’, sebab tegas, laju, dan selalu bawa Malaysia ke kejohanan besar, termasuk tiga kali Olimpik! Tapi siapa sangka, lepas bersara, ‘The Boss’ pun akhirnya tewas… pada lutut sendiri.
Hari ini, dalam satu sidang media di Concorde Hotel Shah Alam, rahsia beliau pun terbongkar. Rupa-rupanya, Dato’ Mirnawan dah lama jadi pengguna setia Gel Amani, ubat sapu untuk sakit otot dan sendi yang dia guna sejak 10 tahun lepas, demi menjaga lutut yang kadang-kadang “buat perangai” .
Beliau secara rasmi diumumkan sebagai Duta Gel Amani, sambil mengakui produk ini banyak membantu dia kekal aktif walaupun lutut dah ‘protes’.
Gel Amani ni sebenarnya dah lama ada di pasaran sejak 2014 lagi. Orang guna untuk sakit tengkuk, bahu, pinggang, dan paling ramai, untuk lutut lah! Bukan setakat untuk atlet, tapi warga emas pun ramai yang suka sebab boleh sembahyang & jalan dengan lebih selesa bila sendi dah tak sengal.
Pengarah Eksekutif Amanilife, Tuan Leo Adi Putra, turut berkongsi harapan agar kolaborasi bersama Dato’ Mirnawan ini akan menjadi pemangkin untuk lebih ramai orang bukan hanya di Malaysia malahan luar negara dapat menjalani hidup yang lebih sihat dan aktif, serta beribadah dengan lebih selesa tanpa dibelenggu masalah sakit otot dan sendi.
Amanilife optimis dengan kerjasama ini untuk meneroka pasaran antarabangsa dalam masa terdekat. Pada masa ini Gel Amani telah berada dipasaran Singapore sejak tahun 2021 dan telah pun mendapat permintaan untuk memasuki pasaran Indonesia, Brunei dan negara-negara Timur
Tengah.
Lagi satu yang bagus, Gel Amani ni berdaftar dengan KKM, halal JAKIM, dan tak perlu was-was bila nak guna. Harga pun mesra poket: RM27 untuk botol 30ml dan RM37 untuk 60ml. Senang je nak beli, boleh tengok dekat www.amanilife.my atau WhatsApp saja ke 019-9996686.
Tahniah Dato’! Dari bintang hoki ke duta gel sapu, semoga lutut terus mantap dan rakyat Malaysia pun ikut sama jaga sendi masing-masing. Jangan tunggu sampai lutut bunyi “krek-krek” baru nak sapu, ya!