• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selera

Santan Tampil Dengan Menu Baharu Penuh Nostalgia, Siap Ada Kaya Butter Toast Dalam Kapal Terbang

by Phic ARMAN
July 25, 2025
SEPANG 21 JULAI 2025. Ketua Pegawai Eksekutif Santan, Catherine Goh menunjukkan menu baharu Kaya Butter Coconut Toast, Pak Nasser’s Nasi Lemak Light, serta siri minuman rendah gula Club Zero sempena sambutan bulan kemerdekaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, Sepang. NSTP/AIZUDDIN SAAD

SEPANG 21 JULAI 2025. Ketua Pegawai Eksekutif Santan, Catherine Goh menunjukkan menu baharu Kaya Butter Coconut Toast, Pak Nasser’s Nasi Lemak Light, serta siri minuman rendah gula Club Zero sempena sambutan bulan kemerdekaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, Sepang. NSTP/AIZUDDIN SAAD

14
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau selama ini ramai fikir makanan dalam kapal terbang hanyalah nasi lemak dan mi segera, kali ini Santan, jenama makanan dan minuman di bawah Capital A muncul dengan kejutan sempena Bulan Kemerdekaan.

Dengan semangat membawa semula rasa zaman membesar, Santan perkenalkan menu-menu baharu yang bukan sekadar sedap, tapi juga cukup dekat di hati rakyat Malaysia.

Antara pilihan menarik yang boleh dinikmati dalam penerbangan:

Kaya Butter Coconut Toast

Roti lembut dengan santan, kaya pandan dan mentega masin premium. Hidangan yang biasa ditemui di kedai kopi klasik, kini boleh dinikmati di awan biru.
Harga: RM12 atas AirAsia (AK) / RM17 atas AirAsia X (D7)

Pak Nasser’s Nasi Lemak Light (Nasi Lemak Bungkus)

Versi mini nasi lemak ikonik ini dibungkus dengan daun pisang, ringkas, padat dan cukup mengenyangkan.
Harga: RM12 (Combo), hanya di AirAsia (AK)

ZERO Teh Tarik Kaw Kaw

Rasa pekat dan lemak berkrim masih kekal, tapi menggunakan gula sifar kalori. Lebih sihat tanpa mengorbankan rasa.
Harga: RM9 (AK) / RM10 (D7)

ZERO Asam Boi (Kolaborasi dengan ZUS Coffee)

Gabungan minuman klasik dan moden. Rasa masam manis yang menyegarkan, sesuai untuk menghilangkan rasa penat dalam perjalanan.
Harga: RM12 (AK) / RM13 (D7)

ZERO Asam Jasmine Tea

Teh jasmine dengan sentuhan asam boi, menyegarkan dan unik. Sesuai untuk pencinta teh yang mahu kelainan.

Snek Box Kita, tambah RM3 sahaja dengan pembelian combo

Kotak kecil yang padat dengan kenangan: biskut kelapa, muruku, dan tat nenas. Snek-snek ini pasti mengingatkan pada waktu rehat di sekolah atau petang di rumah nenek.

“Kami Rayakan Malaysia Melalui Makanan” – CEO Santan

Ketua Pegawai Eksekutif Santan, Catherine Goh, berkata bahawa menu baharu ini merupakan penghormatan kepada cita rasa rakyat Malaysia yang penuh kepelbagaian budaya.

“Kami bangga menjadi yang pertama memperkenalkan Kaya Butter Toast dalam penerbangan. Menu ini meraikan warisan makanan kita dengan cara yang moden dan mudah dinikmati,” katanya.

Tambah beliau lagi, Santan melihat potensi besar dalam segmen snek dan yakin menu baharu ini mampu menyumbang sehingga 10% kepada jualan keseluruhan tahun ini. Setiap tiga bulan, Santan akan menyegarkan semula menu mereka mengikut citarasa dan maklum balas penumpang. Menu terbaharu ini telah pun tersedia di semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X  dan jika sambutan hangat, mungkin akan terus kekal.

MURAI ‘Dive’ Dengan Buaya 750kg Di Darwin, Jantung Nyaris Tercicir Di 'Cage of Death'

Siapa sangka rasa-rasa yang membentuk identiti Malaysia kini boleh dinikmati sambil terbang tinggi di langit. Dengan hidangan yang membawa kembali kenangan zaman kecil, Santan buktikan bahawa cita rasa tempatan tidak pernah ketinggalan zaman, malah boleh terbang jauh ke hadapan.

airasiaXsantan
https://lomp.at/6d41r
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Selera

B40 Pun Boleh Nikmati Kopi Geisha! HWC COFFEE & BAPE Café Jadi Tumpuan

by Phic ARMAN
September 29, 2025

Baru-baru ini MURAI sendiri pergi KLCC untuk tengok HWC COFFEE x BAPE Café Grand Launch. Masuk je kafe, terus rasa...

Read more
Selera

Aznil Nawawi Puji Menu Baharu, Burger Sate Dari AFC, Kini Buka Cawangan ke-44

Siapa sangka sate dan burger boleh jadi bestie? Itulah yang buat Datuk Aznil Nawawi a.k.a Pak Nil tersenyum lebar masa...

Read more
by Phic ARMAN
September 14, 2025
Bisnes

APOLLO Kini Berwajah Baru Untuk Generasi Baru!

APOLLO, snek kegemaran zaman kanak-kanak yang mencipta memori indah buat rakyat Malaysia selama berdekad-dekad, kini kembali dengan wajah baru yang...

Read more
by Naddy Joe
August 1, 2025
Selera

Sedap Place Di Perth Buatkan Pengunjung Terlupa Mereka Di Australia!

Percutian kali ini memang lain macam! MURAI terbang jauh ke Perth, Australia bersama AirAsia dan menginap di Ibis Perth Hotel,...

Read more
by Phic ARMAN
October 13, 2025
Selera

KYOCHON Perkenal Menu Baharu Edisi Terhad, Ayam Goreng Korea Perisa Rendang!

Sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-68, KyoChon Chicken dengan bangganya mempersembahkan sebuah sajian istimewa: Ayam Goreng Korea berperisa...

Read more
by Naddy Joe
August 1, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Peminat Puji Sikap Nelydia Senrose-“Tak Pernah Cerita Masalah Di Media Sosial”

  2. 2

    4 Golongan Terima MyKad RM200 Pada Oktober Ini- Jom Semak Nama Anda Tersenarai Tak?

  3. 3

    [VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”

  4. 4

    Kecoh Isu Unfollow Fazura! Fasha Sandha Akhirnya Bersuara, Siap Buat Tutorial Lagi! – “Bukan Budaya Saya Nak Unfollow”

  5. 5

    “Tetap Setia Walau Terluka”- Tak Lagi Ikuti Suami Di IG, Luahan Uqasha Senrose Cetus Tanda Tanya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem