Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

MURAI ‘Dive’ Dengan Buaya 750kg Di Darwin, Jantung Nyaris Tercicir Di ‘Cage of Death’

Semua ini terjadi masa AirAsia dan Tourism Northern Territory jemput MURAI ke Darwin, sempena penerbangan sulung terus dari KLIA2 ke Darwin

by Phic ARMAN
August 4, 2025
Share on Facebook

MURAI sendiri masih trauma nak taip ini. Bayangkan, 3 tahun lepas pernah tengok selebriti Korea,  Ji Suk Jin & Haha dalam Running Man jerit-jerit dalam Cage of Death pun dah cukup buat kita berpeluh tangan. Tapi kali ni, MURAI sendiri yang kena masuk!

YouTube video

Dan bukan untuk content TikTok suka-suka… tapi betul-betul dive dengan buaya hidup. Bukan pelakon. Bukan CGI. Buaya real dan dia lebih besar dari kereta Myvi.

Semua ni terjadi masa AirAsia dan Tourism Northern Territory jemput MURAI ke Darwin, sempena penerbangan sulung terus dari KLIA2 ke Darwin. Kononnya nak lawat tarikan ikonik. Tak sangka pula “tarikan” tu literally buaya yang boleh tarik manusia dari tebing.

Dari Check-In ke Check-Jantung

Itinerary nampak selamba. “Visit Crocosaurus Cove” katanya. Kami pun macam,

“Oh ok, maybe tengok reptilia sikit, pegang anak buaya cute ke…”

Tapi bila nampak signboard besar tulis CAGE OF DEATH, kami terus cari nearest exit dalam otak.

Tapi semuanya sudah terlambat. Selepas kami isi borang dan tandatangan tanda setuju, staff dah hulur gogal. Sorang-sorang dah tukar baju. Dan kami, dengan air muka pasrah, terus masuk sangkar lutsinar itu, macam keranda moden, tapi dalam air.

Minit-Minit Paling Sunyi (Dan Basah)

Masuk sahaja dalam cage, kami tak cakap banyak. Sebab mulut penuh doa. 10 minit pertama sangkar diturunkan dalam air, tenggelam sampai paras dada. Kami dibenarkan menyelam dan tengok buaya (lupa pula nama dia) dari jarak dekat. Sangkar tu boleh nampak semua , dari kuku buaya ke lubang hidung dia pun jelas. Serius… dia bagi side eye macam tahu siapa yang pernah pakai beg kulit buaya.

Ada Apa Dengan Banjarmasin? AirAsia Buka Laluan Terus Dari Kuala Lumpur

Bila dia renung kami dengan mata tajam dia, terus teringat dosa lama. Rasa macam nak confess semua, insaf terus.

Bunyi SNAP Yang Buat Kami Nak Lompat Keluar Cage

Part paling dramatik, feeding time. Sangkar ditarik sikit naik ke permukaan, dan buaya terus terkam ayam (nasib bukan kita). SNAP! bunyi rahang dia macam sound effect filem Marvel. Kami terlompat macam ikan bilis dalam air. Jantung? Dah tak tahu kat mana.

Bunyi itu literally macam ada pokok tumbang sebelah telinga. Lagi-lagi bila tengok buaya boleh lompat separuh badan keluar air, macam gym bro tengah buat muscle-up. Kami dalam cage, terdiam… satu-satunya suara hanyalah degupan jantung dan bunyi air menitik dari gogal.

Belajar Tentang Buaya, Tapi Dalam Keadaan Basah

Lepas keluar dari cage (ya kami selamat, Alhamdulillah), kami sambung teroka Crocosaurus Cove. Ada rumah reptilia, kolam penyu, aktiviti “fishing for crocs” (yes, literally bagi makan anak buaya pakai batang buluh), dan sesi pengenalan kepada lebih 70 spesies reptilia Australia.

Apa yang kami diberitahu, semua buaya di sini adalah buaya bermasalah, di ambil dan dipeliharadari kawasan awam. Ada yang datang dari Mindil Beach, tempat tumpuan pelancong. Sebab suka escape dan kacau orang, buaya tu “dipindahkan” ke sini, macam program pemulihan. Macam juvana, tapi versi reptilia.

MURAI sendiri, walaupun kaki menggeletar, akan buat lagi kalau diberi peluang. Sebab bukan saja best, tapi pengalaman ini buat kita lebih hormat dan faham kenapa kita perlu hati-hati dengan buaya di NT ini.

Kalau anda nak rasa sendiri pengalaman ni, harga tiket untuk Cage of Death bermula dari AUD195 untuk seorang atau AUD295 untuk dua orang, termasuk sekali dengan tiket masuk harian ke Crocosaurus Cove.

[VIDEO] Rezeki Tak Disangka! 1,000 Asnaf Akan Ditaja Tunai Umrah

Kalau rasa belum bersedia masuk sangkar dengan buaya, boleh ambil tiket biasa (General Admission) je, sekitar AUD40 untuk dewasa dan AUD25 untuk kanak-kanak (4–15 tahun). Tiket ni sah untuk sepanjang hari, jadi boleh keluar masuk ikut suka, tengok pertunjukan buaya, rumah reptilia, kolam penyu dan banyak lagi. Crocosaurus Cove dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 6 petang (last entry 5 petang).

Terima kasih AirAsia & Tourism NT kerana berjaya bawa MURAI masuk sangkar maut dan keluar dengan jiwa yang lebih hidup. Dari KL ke Darwin, dan terus ke mulut buaya (secara teknikalnya), ini pengalaman yang memang takkan dilupakan.

So… anda berani masuk Cage of Death? Atau cukup tengok dari luar sambil makan aiskrim?

airasiaairasiaXCage of DeathDarwinJi Suk Jinrunning manTourism NT
https://lomp.at/y7onp
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Jalan-Jalan

Vietjet Perkenal Diskaun Istimewa! Masa Terbaik Rakyat Malaysia ‘Lock’ Percutian 2026

by Phic ARMAN
January 27, 2026

Cuti panjang dan musim perayaan 2026 makin dekat,  memang waktu paling ideal untuk rakyat Malaysia mula ‘lock’ percutian. Lagi best,...

Read moreDetails
Foto - redBus
Destinasi

Hari Wanita Antarabangsa: 5 Idea Percutian Solo Untuk Kamu Yang Sukakan ‘Adventure’!

by Nurul A.
March 7, 2026

Perjalanan solo bagi wanita kini bukan sekadar hashtag menarik di Instagram, ia telah menjadi satu gerakan yang mencerminkan peralihan yang...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Peluang Emas Naik Disney Cruise Bersama Shah Rukh Khan

by Phic ARMAN
February 2, 2026

Kalau anda peminat Disney, ini berita panas dari laut! Disney Cruise Line baru saja umumkan satu pengalaman baharu yang super...

Read moreDetails
Hotel

Marriott Bonvoy Dipilih Sebagai Rakan Hotel Rasmi FIFA World Cup 2026

by Phic ARMAN
January 17, 2026

Marriott Bonvoy, rangkaian yang menaungi lebih 30 jenama hotel terkemuka dunia, kini mengesahkan kerjasama rasmi bersama FIFA World Cup 2026...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Bagaimana Vietjet Boleh Diiktiraf Sebagai Syarikat Penerbangan Paling Selamat Di Dunia?

by Phic ARMAN
January 16, 2026

Dalam dunia penerbangan yang sentiasa bergerak pantas, tak semua syarikat mampu kekalkan reputasi cemerlang dari tahun ke tahun. Tapi Vietjet?...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara