Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

KYOCHON Perkenal Menu Baharu Edisi Terhad, Ayam Goreng Korea Perisa Rendang!

by Naddy Joe
August 1, 2025
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-68, KyoChon Chicken dengan bangganya mempersembahkan sebuah sajian istimewa: Ayam Goreng Korea berperisa Rendang.

Menggabungkan keenakan hidangan tradisional Malaysia dengan ayam goreng rangup yang terkenal dari Korea, menu terhad ini boleh didapati secara eksklusif dari 1 Ogos hingga 16 September 2025.

Bermula serendah RM25.50, menu ini menawarkan pelbagai pilihan daripada set Wingette & Drumette hingga ke pilihan Whole Chicken. Setiap gigitan memberikan keseimbangan sempurna rasa lemak, manis, pedas dan rangup.

Tersedia di semua cawangan KyoChon Chicken di seluruh Malaysia mulai hari ini, jangan lepaskan peluang untuk mencuba hidangan edisi khas yang meraikan semangat Merdeka ini melalui citarasa unik.

Berpeluang Menerima Pelekat Edisi Terhad Eksklusif!

View this post on Instagram

A post shared by KyoChon 1991 Malaysia (@mykyochon)

Menambah keistimewaan dalam sambutan kali ini, KyoChon Chicken turut berkolaborasi dengan artis tempatan yang disayangi ramai, SecondFloorNeko, untuk memberikan kejutan istimewa buat para peminat.

Bersempena pelancaran perisa Rendang ini, pelanggan yang membeli mana-mana item berperisa Rendang dalam satu resit akan menerima pelekat edisi terhad eksklusif dengan ilustrasi asli oleh SecondFloorNeko.

Terdapat tiga rekaan berbeza yang akan dilancarkan secara berperingkat setiap 10 hari bermula 1 Ogos 2025, menjadikannya koleksi wajib untuk para peminat seni, makanan dan elemen tempatan.

Pelekat ini hanya boleh didapati untuk pembelian secara dine-in atau takeaway di cawangan KyoChon Chicken yang terpilih, sementara stok masih ada, menambahkan lagi keceriaan sambutan Merdeka anda!.

Nikmati pengalaman Korea penuh rasa dengan Chikin Dosirak dari serendah RM17.90! Direka khas untuk memenuhi citarasa dan nilai, pilihan Chikin Dosirak daripada KyoChon Chicken menawarkan pelbagai variasi menarik daripada Bulgogi, Boneless Chicken Bites yang berjus (4 ketul), Wingette & Drumette yang rangup (4 ketul), Drumstick (2 ketul), hingga Salsal Strips yang lembut (2 ketul). Pilih daripada pelbagai perisa ikonik seperti Soy Garlic, Red, Honey, Honey Garlic dan Shinhwa. Tersedia di semua cawangan KyoChon Chicken di seluruh negara!

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kyochon.com.my atau ikuti KyoChon Chicken di media sosial. Tertakluk terma dan syarat.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Kyochon
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Secret Recipe
Selera

Secret Recipe Sambut Ulang Tahun Ke-29 Dengan Kejutan Manis

by Nurul A.
October 26, 2026

Bulan Oktober menjadi lebih manis di Secret Recipe! Sempena ulang tahunnya yang ke-29, rangkaian kafe kegemaran rakyat Malaysia ini membawakan...

Read moreDetails
Foto - YAKIGO
Selera

YAKIGO Kini Di Ombak KLCC, Bawa Gaya Jalanan Jepun Dengan Sentuhan Malaysia

by Nurul A.
September 14, 2026

Konsep baharu makanan jalanan Jepun, YAKIGO kini hadir di Kuala Lumpur. Beroperasi di Ombak KLCC, YAKIGO, sebuah jenama yakitori moden,...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  2. 2

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara