• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

“3 Jam Yang Menginsafkan”- Azhan Rani Kongsi Pengalaman Memakai Sut PPE

by Khai Azfar
August 28, 2020
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Berkongsi pengalamannya memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) baru-baru ini, pelakon popular Azhan Rani akui berasa rimas dan dalam masa yang sama terharu dengan pengorbanan anggota barisan hadapan (frontliner) yang menyarung sut berkenaan untuk jangka masa yang lebih lama demi memastikan rantaian COVID-19 dapat diputuskan.

Pakai PPE Selama Tiga Jam

Menurut Azhan ketika ditemui, dia berkesempatan memakai sut PPE selama tiga jam setiap hari bagi menjayakan watak yang dipegangnya dalam sebuah Filem Televisyen (FTV) berjudul Frontliner yang akan disiarkan tidak lama lagi.

View this post on Instagram

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

Dedah pelakon itu lagi, dia bukan sahaja terpaksa bermandi peluh malah turut hilang selera makan ketika memakainya.

“3 Jam itu menginsafkan, seperti azab di dunia saya rasa. Bila saya pakai sut itu boleh hilang selera makan, walaupun kerap buka sut tetapi saya boleh tertidur dimana-mana kerana terlalu letih. Saya rasa seolah-olah seperti frontliners yang sebenar”

“Saya juga diajar cara buka sut. Bagi saya itulah yang menyeramkan kerana disitulah risiko besar para frontliner ini akan terkena jangkitan” katanya kepada Murai.my

Mengenai naskhah Frontliner arahan Razif ‘Ajiboy’ Rashid ini, selain Azhan beberapa pelakon popular turut membintanginya seperti Beto Kusyairy, Emma Maembong, Achey, Farah Ahmad, Wan Maimunah, Ashraf Muslim, Zul Handyblack, Meerqeen dan ramai lagi.

Sedikit info mengenai FTV ini, ianya bakal disiarkan di Astro First Eksklusif di saluran 480 pada Oktober ini.Diinspirasikan dari kisah benar mengenai pengorbanan dan konflik dalaman golongan wira barisan hadapan yang menjadi pejuang benteng utama dalam membendung penularan wabak Covid- 19 yang sedang melanda seluruh dunia pada ketika ini.

Meerqeen Ucap 'Selamat Tinggal'?, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!
acheyAshraf Muslimazhan raniBeto KusyairyCovid19emma maembongFarah AhmadfilemfrontlinerMeerqeenwan maimunahZul Handyblack
https://lomp.at/rasex
Share11Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  3. 3

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  4. 4

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

  5. 5

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore