Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita Dunia

3 Pemimpin Tertinggi Kumpulan Pejuang Islam Bertemu Di Lokasi Rahsia Di Lubnan, Untuk Rancang Kemenangan Penuh Ke Atas Rejim Israel

by Puteri Alia
October 26, 2023
Share on Facebook

Umum mengetahui bahawa masyarakat antarabangsa tidak bersikap adil dalam tindak balas terhadap Palestin dan rakyatnya, dalam perjuangan menuntut kemerdekaan dan kebebasan dari kekejaman rejim Israel.

Berbahas soal itu, baru-baru ini berlaku satu pertemuan antara Hizbullah bersama pemimpin kanan Hamas dan kumpulan Jihad Islam diadakan di satu lokasi rahsia Lubnan.

Memetik sebuah laman portal berita, difahamkan, pertemuan itu adalah bagi membincangkan perancangan untuk mencapai kemenangan penuh ke atas Israel dan menghentikan serangan rejim Zionis ke atas penduduk Palestin.

Pertemuan diadakan antara pemimpin Hizbullah Lubnan, Sayyed Hassan Nasrallah, Ketua Kumpulan Jihad Islam, Ziyad al-Nakhalah dan pemimpin tertinggi Hamas, Saleh al-Arouri.

Dalam pertemuan terbabit, pemimpin Hizbullah bersetuju dengan al-Arouri dan Ziyad mengenai langkah selanjutnya yang perlu diambil kumpulan pejuang anti-Israel berkenaan bersama dengan kelompok pejuang lain yang didukung Iran.

Bagaimanapun, tiada sebarang perincian lanjut mengenai perbincangan berkenaan.

Media melaporkan, ketika jumlah korban di Gaza semakin meningkat, ketegangan turut meningkat di sepanjang perbatasan Lubnan dan Israel, di mana anggota Hizbullah saling berbalas tembakan dengan tentera Israel sehari selepas Hamas menyerang negara itu.

Sementara itu, pejabat Israel memaklumkan mereka akan membalas secara agresif sekiranya berlaku serangan oleh anggota Hizbullah dari Lubnan.

“Kami akan menggagalkan mereka dengan kekuatan yang tidak dapat mereka bayangkan,” kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Hizbullah dan Israel berperang selama sebulan pada 2006 yang berakhir dengan situasi tegang.

[VIDEO] Yusuf Bahrin Bimbang Keselamatan Zizi Kirana- "Saya Dah Try Mesej Call Dia"

Pembabitan Hizbullah, yang memiliki pangkalan utama di sempadan Israel-Lubab, membimbangkan Israel kerana memiliki kekuatan tentera dan aset kelengkapan perang yang besar bagi bertempur bersama Hamas, sekali gus mencetuskan konflik lebih besar di Asia Barat.

Israel memandang Hizbullah yang didukung Iran sebagai ancaman paling serius kerana mempunyai kira-kira 150,000 roket yang ditujukan ke Israel

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
israelpalestin
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara