Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

3 Perkara Lain Yang Harus Anda Perhatikan Selain Dari Hanya Penampilan Yang Menarik

by Jash Lee
September 13, 2020
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap orang mempunyai perspektif yang berbeza-beza mengenai standard kecantikan seseorang. Kita tidak boleh memilih bagaimana kecantikan yang kita mahukan saat kita dilahirkan. Kadang-kadang kita lupa bahawa setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Sekiranya pada waktu ini anda terasa seperti hendak menjadi atau memiliki kecantikan seperti seseorang yang lain, namun anda bahkan akan lupa bahawa terdapat beberapa perkara penting lain yang perlu anda perbaiki dalam diri sendiri selain hanya dari kecantikan yang berbentuk fizikal yang dapat dilihat dengan mata kasar. Banyak di antara kita yang terlalu fokus pada kecantikan fizikal, penjagaan badan dan penjagaan wajah.

Disini kami akan senaraikan 3 perkara yang perlu diambil kira serta diberi perhatian dalam diri kita sendiri agar kita lebih sempurna, cantik luar dan dalam.

Sikap Yang Baik Dan Bijak Menguruskan Emosi

via Bidadari.My

Sikap yang baik adalah suatu perkara yang penting dan perlu diberi perhatian dalam diri setiap orang. Ini berkaitan dengan bagaimana sikap dan emosi anda menghadapi sesuatu dan kemampuan anda untuk menguruskan serta mengawal emosi. Sentiasa mengeluarkan tutur kata yang manis dan tidak menggunakan perkataan yang agak kasar.

Anda perlu mempunyai sikap yang lebih positif dan bersedia untuk menangani keadaan dengan lebih baik bukan dengan hanya melakukan sesuatu yang buruk atau yang tidak diingini. Anda juga harus bijak mengawal emosi, tidak hanya menumpukan perhatian pada masalah tetapi lebih fokus pada cara penyelesaian.

Mempunyai Keyakinan Dan Tahu Menilai Diri Sendiri

via Radio IKIM

Tahu menilai diri sendiri adalah sesuatu perkara asas yang perlu ada pada diri setiap manusia. Seseorang yang tahu menilai diri sendiri sentiasa dapat memotivasikan diri untuk melakukan sesuatu.

Keyakinan diri seseorang secara automatik akan memancarkan kecantikannya dari dalam. Auranya pasti berbeza. Keyakinan diri dan tahu menilai diri umpama magnet yang perlu ada dalam diri seseorang.

Namun, kita harus bijak membezakan antara keyakinan diri dan tahu menilai diri sendiri kerana kedua-duanya memainkan peranan yang penting. Dari 2 sikap ini, anda pasti akan kelihatan lebih cantik bukan sahaja luaran malah dalaman.

Mempunyai Ketegasan Dan Kelembutan 

via Mingguan Wanita

Anda perlulah bersikap tegas dan dalam masa yang sama juga tetap kelihatan lembut. Aspek ini memerlukan tahap kecerdasan emosi yang sangat tinggi. Kebiasaannya wanita akan lemah ketika berada didalam dilema sehingga mereka tidak dapat membuat keputusan dan akan bertindak dengan lebih tegas. Namun harus diingat, walaupun tegas, anda harus tetap menunjukkan sikap lemah lembut anda sebagai wanita.

Selain dari kecantikan fizikal, anda harus bijak mengawal ego sehingga semuanya saling melengkapi.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
penampilanmenarik nilaidiri dirisendiri
Share8Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara