Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

3 Perkara Yang Dilakukan Siti Nurhaliza Ketika Mengumumkan Nama Muhammad Afwa

Menurut Siti, nama putera sulungnya itu membawa maksud keampunan atau kemaafan

by Khai Azfar
April 27, 2021
Share on Facebook

Semalam, penyanyi nombor satu negara Dato Sri Siti Nurhaliza telah mengumumkan secara rasmi nama cahaya mata keduanya yang dinamakan sebagai Muhammad Afwa Bin Khalid

Siti Lakukan 3 Perkara Ini Ketika Mengumumkan Nama Muhammad Afwa 

Menurut Siti, nama putera sulungnya itu membawa maksud keampunan atau kemaafan dan semalam merupakan hari ketujuh bayi tersebut dilahirkan.

“Hari ini, 26 April 2021, bersamaan dengan 14 Ramadan 1442H, anakanda saya genap berusia 7 hari.
“Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak” tulis Siti di laman Instagram nya

Selain mengumumkan nama anaknya pelantun 7 Nasihat ini turut melakukan empat perkara ini bersempena dengan hari istimewa tersebut. Berikut Murai.my tampilkan berdasarkan kenyataan media dan perkongsian Siti di media sosialnya.

1. Akhirnya Mendedahkan Wajah Muhammad Afwa

Seperti anak sulungnya, Siti Aafiyah Khalid, wajah Muhammad Afwa juga tidak terlepas daripada perhatian peminat dan media. Bersempena dengna hari ketujuh kelahiran bayi comel ini, Siti akhirnya turut mendedahkan wajah putera sulungnya itu buat tatapan ramai.

Jelas Siti, nama Afwa juga merupakan nama yang disebut di dalam surah lengkap Afiyah dan termaktub dalam doa yang dititip Siti bersama suami tercinta, Dato Seri Khalid Jiwa.

“Alhamdulillah, hari ini, suami dan saya ingin berkongsi wajah dan nama anakanda kedua kami.
“Kami menamakan anakanda kami dengan nama Muhammad Afwa yang membawa makna keampunan atau kemaafan.
“Muhammad Afwa lahir pada bulan Ramadan, bulan keampunan dan di dalam doa malam Lailatul Qadar juga ada menyebut afwa,”
“Semoga anakanda Muhammad Afwa sentiasa di dalam keampunan dan kemaafan Allah s.w.t. dan kita semua juga di dalam lindunganNya,” kata Siti lagi.

2. Melancarkan Lagu Anakanda Buat Muhammad Afwa

YouTube video

Serentak dengan itu juga, Siti telah melancarkan video muzik lagu Anakanda. Difahamkan, lagu ini didekasikan khas buat Muhammad Afwa. Menurut Siti, dia mencipta lagu Anakanda ketika sedang mencari ilham sebuah lagu khas untuk anak yang bakal dilahirkan.

“Lagu Anakanda ini merupakan lagu paling akhir saya rakamkan untuk album Legasi. Apabila memutuskan untuk memasukkan lagu Comel Pipi Merah ke dalam album Legasi, saya terfikir untuk mencipta sebuah lagu khas dan baharu buat anak yang bakal lahir” jelas Siti.

3. Mengadakan Kenduri Kesyukuran Dan Bercukur

Menerusi laman Insta-story nya, keluarga Siti dilihat telah mengadakan kenduri kesyukuran secara kecil-kecilan dan acara cukur jambul di kediaman mereka. Lebih manis, Muhammad Afwa telah dipangku oleh abangnya, Adib Khalid sambil rambutnya dicukur oleh ustaz dan ahli keluarga yang lain.

TokTi Tak Segan Untuk Mintak Maaf, Netizen Sanjung Adab Baik Biduanita Negara
anak kedua siti nurhalizaanak siti nurhalizamuhammad afwanama anak siti nurhalizasiti nurhaliza
https://lomp.at/h8nvi
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Adi Putra Terjebak Buat Trend TikTok, Peminat Tak Keruan!

by Naddy Joe
February 24, 2026

Nama aktor kacak, Datuk Adi Putra mencuri perhatian netizen selepas berkongsi satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read moreDetails
Lokal

Janna Nick Persoal Sikap ‘Hipokrit’ Netizen?

by Naddy Joe
January 16, 2026

Sebelum ini ramai selebriti mendapat kecaman netizen selepas didakwa mempromosikan produk yang menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin. Terkini, pelakon...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Matin Bersihkan Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Perkongsian ibu tiri kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin  iaitu Siti Fatimah Suberi mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak...

Read moreDetails
Lokal

Kamal Adli Kongsi Kapsyen ‘Hancur’, Rakan Selebriti & Peminat Beri Kata Semangat!-“Allah Uji..”

by Naddy Joe
January 13, 2026

Perkongsian aktor, Kamal Adli mencetuskan reaksi ramai rakan selebriti dan peminat selepas sah bercerai talak satu dengan pelakon, Uqasha Senrose...

Read moreDetails
Berita

Zara Zya Nafi Ada Hubungan Peribadi Dengan Usahawan, Peminat Lega!-“Pusing-Pusing Dulu Sis..”

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Zara Zya menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang hubungan peribadi dengan bekas tunang kepada pelakon, Zarina Anjoulie iaitu usahawan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore