Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

33 Tahun Abdikan Diri Bekerja Demi Sara Keluarga, Ubai Buka Cerita Shila Berjaya Langsai Hutang Keluarga Cecah Ratusan Ribu

by Puteri Alia
October 11, 2023
Share on Facebook

Bagi adik-adik, mungkin mereka mencemburui banyak kelebihan anak sulung. Contohnya, anak sulung akan didahulukan dalam pelbagai perkara – mereka dapat memandu kereta dulu, mereka dapat pegang ‘handphone’ dulu, dan mereka selalu mempunyai ‘kuasa’ terhadap adik-adik apabila ibu bapa tiada.

Malah, anak pertama dalam keluarga dianggap menerima kasih sayang yang melimpah daripada ibu bapa. Apatah lagi, sesetengah mereka telah dinantikan kehadirannya selama bertahun-tahun lamanya.

Namun tidak semua sedar bahawa tugas seorang anak sulung pastinya berat apatah lagi menjang tunjang utama keluarga.

Di sebalik kemelut yang melanda keluarga Shila Amzah, suami penyanyi tersebut, Ubai, 25, meluahkan pandangan peribadinya mengenai isterinya itu selain menyifatkan Shila seorang wanita yang kuat.

Menurut Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, Shila sudah melalui pelbagai dugaan dan cabaran getir sepanjang 33 tahun hidupnya selain mengabdikan diri bekerja demi kesejahteraan keluarga.

“Bekerja seawal usia 10 tahun, tidak pernah pegang duit, kad bank dan kad pengenalan sendiri sehingga usia 28 tahun, dia juga berkahwin atas pilihan keluarga.

“Melalui penderaan mental dan fizikal dalam tempoh tiga tahun perkahwinan, tanggung bekas suami, bercerai dan trauma. Mulakan hidup baru selepas bercerai dengan menanggung hutang keluarga ratusan ribu, hutang berjaya dibayar tetapi sehingga kini masih tanggung keluarga.

“Dia sendiri, tiada sesiapa yang membantu. Baik keluarga mahupun orang lain. Ramai yang cerca dan hina. Hanya dia tahu apa yang dia lalui sepanjang 33 tahun kehidupannya. Tiada tempat untuk berkongsi, jika dikongsi tiada siapa yang endah. Malah lebih dikerah untuk bekerja dan bekerja,”katanya.

Ubai membuat perkongsian berkenaan di platform X hari ini, sekali gus memberi gambaran bahawa dia cuba memahami siuasi dan tekanan yang kini dialami isterinya itu.

[VIDEO] Ubai Kongsi Jawapan 'Random' Seth Uwais Ketika Disoal Guru, Netizen Terhibur!

Selain itu, Ubai juga mendedahkan, Shila telah sedaya upaya berusaha memberikan yang terbaik buat keluarganya menerusi hasil titik peluh dan penat lelahnya bekerja.

“Setiap bulan pasti ada saja yang perlu dibayar dan ditunaikan. Segala hasil titik peluh, perlu dahulukan keluarganya. Tiada alasan yang boleh diberikan, sebab ‘itulah tugas seorang anak sulung, jangan jadi anak derhaka’.”

“Kesihatan mental dan fizikalnya tiada siapa yang tahu dan peduli. Trauma yang dia hadapi, perlu dilupakan dengan cara paksa kerana itu saja pilihan yang dia ada. Ya, paksa. Gagal dalam perkahwinan pertama, dia mulakan kehidupan baru di perkahwinan keduanya.

“Juga tidak mudah untuk dia. Dikurniakan rezeki mendapat insan dan keluarga baru yang mendengar kisah kehidupannya, tetapi nikmat itu hanya sebentar. Dia kehilangan ibu mertua dan adik iparnya.Seminggu sebelum bertunang, kehilangan adik ipar.

“Beberapa hari sebelum bernikah, kehilangan ibu mentua. Saya sangka kehidupan saya sudah cukup mencabar dah penuh dugaan. Ternyata ada yang lebih besar untuk orang lain. Ini lah dia kisah seorang wanita hebat yang saya kenali,”katanya.

Terdahulu, konflik keluarga Shila telah menjadi buah mulut ramai apabila seorang demi seorang adik-beradiknya mula menjaja cerita di media sosial.

Ia susulan tindakan Shila untuk menjual kediaman yang diduduki keluarganya hingga menyebabkan ahli keluarganya yang mendiami rumah berkenaan terpaksa keluar.

Sebelum itu, dalam satu siaran langsung di Tiktok, Shila ada menyebut mahu menjual kediaman berkenaan kerana mahu mencari rumah yang lebih selesa untuk keluarganya.

Datuk ND Lalashila amzahsyada amzah
https://lomp.at/uo7uy
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - weechuanchin (FB)
Lokal

[VIDEO] “Harap Semua Faham, Kita Hormat Agama Islam”- Abe Wee

by Nurul A.
February 24, 2026

Tak dinafikan apabila tiba sahaja bulan Ramadan, kita berpeluang melihat penganut agama lain mencuba untuk berpuasa, termasuklah pempengaruh media sosial,...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Shahrol Shiro Tidak Tersalah Hantar Anak Ke Sekolah Lain, Namun Lain Pula Yang Jadi?

by Naddy Joe
January 12, 2026

Nama pelawak dan pelakon, Shahrol Shiro sebelum ini mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi pengalamannya yang secara tidak sengaja tersalah...

Read moreDetails
Foto - @megattttttt (IG)
Lokal

“Kenapa Saya Kena Beli Untuk Dia? Korang Ni Menekan Betul”- Que Haidar

by Nurul A.
February 27, 2026

Pelakon Que Haidar, atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar, menjadi perhatian ramai baru-baru ini selepas mengeluarkan kenyataan...

Read moreDetails
Filem

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

by Phic ARMAN
January 5, 2026

Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman...

Read moreDetails
Foto - @adamcorrielee (IG)
Lokal

Adam Corrie Kenang Pengalaman Pertama Berpuasa- “Saya Takut Emak Marah”

by Nurul A.
February 19, 2026

Pelakon Adam Corrie Lee Abdullah baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman peribadinya berpuasa semasa bulan Ramadan. Berdasarkan perkongsian...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore