Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Ramai Merindui 4 Bekas Pembaca Berita Jelita Ini, Ada Yang Bergelar Puan Sri

by Zaidin Albert
February 8, 2019
46
KONGSIAN
Share on Facebook

Selain intipati yang penting dan menarik, wajah cantik pembaca berita yang menghiasi layar kaca juga menarik minat penonton. Hal itu akan membuat penonton berita semakin bersemangat untuk menikmati setiap sajian berita yang dibawakan oleh pembaca berita.

Namun tak hanya cantik saja, seorang pembaca berita juga harus memiliki karisma dalam menyampaikan pesanan dalam berita. Begitu banyak pembaca berita memiliki kelebihan ini di stesyen TV di Malaysia. Namun tak semua yang masih terus berkhidmat dengan profesi ini. Ada di kalangan mereka yang terpaksa meninggalkan kerjaya untuk memulakan hidup baru selepas berkahwin dengan pilihan hati mereka yang berstatus VVIP.

Kali ini jom kita lihat 4 pasangan pembaca berita dan VVIP yang telah berkahwin dan bahagia sehingga ke hari ini.

Datin Sharifah Shawati

View this post on Instagram

A post shared by Dr. Sharifah Shawati SM (@shshawati)

Bekas pembaca berita TV3 dan RTM serta perunding imej popular, Datin Sharifah Shawati mendirikan rumah tangga bersama suaminya Datuk Wan Zulkifli Wan Ibrahim 25 tahun lalu dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Wan Adam Syafiq, 20, dan Wan Maya Latisya, 17.

Dalam perkembangan lain, bekas pramugari Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) ini melangkah setapak lagi dalam perniagaan apabila mengeluarkan pakaian jenamanya sendiri, Shawati. Mendapat inspirasi daripada kerjayanya sebagai perunding imej, Shawati tampil dengan koleksi pakaian korporat.

Puan Sri Datin Seri Normala Samsudin

Normala Samsudin terkenal sebagai pengacara bagi rancangan majalah wanita stesen itu, Nona yang telah bersiaran sejak 1985. Ia menjadi salah satu rancangan TV3 yang paling lama bersiaran. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai penyampai berita Buletin Utama.

YouTube video

Beliau berkahwin dengan ahli politik dan bekas Menteri di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Hj Azmi bin Khalid  pada Oktober 2005. Suaminya masih aktif dalam bidang politik. Pada Pilihan Raya Umum ke-11, beliau berjaya mempertahankan penguasaan Barisan Nasional di Parlimen Padang Besar setelah menewaskan pencabarnya dari parti PAS.

Datin Nor Azlina Redzuan

Bekas Pembaca berita TV3 dan personaliti TV popular, Datin Nor Azlina Redzuan berkahwin dengan Datuk Yusof Annuar Yaacob, Ketua Pegawai Eksekutif Deutsche Bank (Malaysia). Pasangan ini melangsungkan akad nikah di kediaman keluarga di Kangar, Perlis pada 22 Ogos 2008.

Tengku Permaisuri Norashikin

View this post on Instagram

A post shared by Selangor Royal Official (@selangorroyalofficial)

Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin binti Abdul Rahman merupakan permaisuri kepada negeri Selangor dan isteri kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj iaitu Sultan Selangor yang ke-9.

Sebelum ini, baginda merupakan bekas pembaca berita Radio Televisyen Malaysia dan pramugari Malaysia Airlines dan pernah berkahwin dengan Kapten Mustapha Kamal Halim dan mempunyai dua cahaya mata, Nur Amanda dan Adam Salleh hasil perkahwinan tersebut.

Beliau pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa pada 2005 (ASA2005).

Bekas Pembaca Berita TV3Nor Azlina Redzuannormala samsudinSharifah ShawatiTengku Permaisuri Norashikin
https://lomp.at/osi9g
Share18Tweet12SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Hajat Terakhir Eric Dane Yang Menyayat Hati

by Phic ARMAN
February 20, 2026

Pada 19 Februari, dunia hiburan kehilangan bintang Grey's Anatomy itu selepas hampir setahun berjuang melawan amyotrophic lateral sclerosis (ALS). Beliau...

Read moreDetails
Foto - @uqashasenrose2 (IG) / @itsuqashasen (IG)
Lokal

Luang Masa Bersama Anak, Uqasha Senrose Hargai Usaha Kamal Adli- “Terima Kasih Ayah…”

by Nurul A.
March 2, 2026

Aktres Uqasha Senrose baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila menzahirkan rasa penghargaan kepada bekas suaminya yang turut aktor, Kamal Adli....

Read moreDetails
Lokal

Atiq Azman Bersyukur Isteri Selamat Lahirkan Anak Sulung Lelaki

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Atiq Azman berkongsi khabar gembira apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Isnin. Atiq Azman menerusi hantaran di...

Read moreDetails
Spotlight

“Jadi Bodoh Lebaran?- Kamal Adli Curi Perhatian, Beraya Dalam Suasana Berbeza Tahun Ini

by Phic ARMAN
March 22, 2026

Nama pelakon popular Kamal Adli sekali lagi menjadi perhatian apabila berkongsi luahan jujur dan bersahaja mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Syatilla Melvin Tak Ingat Nama Ibu, Netizen Terhibur!-“9 Tahun Aku Bela Budak Ni…”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Pelakon, Syatilla Melvin mencuri perhatian peminat di media sosial selepas berkongsi satu video yang memaparkan gelagat anak lelakinya, Syeriv Samheizy...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara