Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Tak Sangka! 4 Bintang K-Pop Ini Pernah Ditipu Sebelum Popular

Ia bukanlah penghalang sebelum mereka mencapai kejayaan yang besar pada hari ini.

by Naddy Joe
August 13, 2021
Share on Facebook

Ramai K-pop idol menghadapi pengalaman pahit sebelum mereka mula popular.  Walaupun begitu, ia bukanlah penghalang sebelum mereka mencapai kejayaan yang besar pada hari ini. Anda ingin tahu siapa bintang k-pop yang dimaksudkan? Scroll sampai habis okay!

V (BTS)

Sewaktu V BTS dan bapanya menaiki teksi untuk menandatangi kontrak dengan BigHit Entertainment, mereka telah ditipu oleh pemandu teksi yang mengenakan caj berlebihan pada mereka.

Oleh kerana V dan bapanya bukan dari Seoul dan tidak biasa dengan jalan di Seoul, mereka tidak mengetahui akan hal tersebut.

“Saya menaiki teksi dengan bapa saya dan kami akhirnya ditipu oleh pemandu teksi. Kami tidak tahu bahawa harus melalui tiga terowong.”-V BTS

IU

Sewaktu IU masih muda dan keluarga dikelilingi dengan hutang, dia dan adiknya tinggal bersama nenek mereka. Walaupun nenek mereka cuba melakukan yang terbaik untuk menampung keperluan, dia masih tidak mampu untuk mengisi perut mereka dengan makanan.

IU kemudian mula mengejar impiannya untuk menjadi penyanyi, tetapi namanya telah “dipotong” oleh syarikat yang dihadirinya untuk ujibakat. Dia turut ditipu secara kewangan ketika mencuba untuk menjadi penyanyi.

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/08/unnamed.mp4

Disebalik kesusahan yang dihadapi, IU tidak pernah berputus asa dan akhirnya berjaya bersama LOEN Entertainment dan menjadi salah seorang artis solo K-Pop terkenal sehingga sekarang.

Suga (BTS)

Sewaktu Suga masih muda, beliau berpindah ke Seoul untuk mengejar impiannya terhadap muzik. Walaubagaimanapun, dia tidak mempunyai wang yang banyak pada waktu itu dan harus memilih antara menggunakan wang yang ada untuk makanan ataupun pengangkutan. Suga turut menjual lagu pada waktu itu namun sering ditipu.

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/08/unnamed-1.mp4

Suga terpaksa bekerja sambilan untuk menyara diri dan membayar yuran pengajiannya. Ditambah pula, mengalami kemalangan sehingga cedera di bahu ketika menjadi penghantar barangan.

Suga membuat keputusan untuk berhenti menjadi pelatih. Namun, Bang Si Hyuk, ketua agensi BTS, memberitahu bahawa  dia akan menunggu Suga sehingga sembuh dan akan membayar yuran pengajiannya. Beliau akhirnya terus menjadi pelatih dan memulakan debut bersama BTS!

Mino (WINNER)

Ia berlaku setelah Mino melakukan debut nya di WINNER. Mino memulakan kariernya  dalam kumpulan bernama BoM pada tahun 2011. Walaubagaimanapun, agensi it didakwa telah mencuri wangnya.

Mino turut menulis lirik untuk 5 lagu BoM, tetapi agensi itu telah menipunya dan memberi kredit dengan menyenaraikan orang lain sebagai penulis.

“Sewaktu bersama agensi, saya tidak memperoleh satu sen pun. Saya menulis lirik untuk lima lagu tetapi nama saya juga tidak dikreditkan pada lagu itu, jadi saya tidak dapat memfailkan royalti.

Mereka memberitahu saya ‘Ianya perkara biasa apabila anda baru bermula. kami akan memberikan anda kredit lain kali'”. -Mino

BoM kemudian dibubarkan pada tahun 2013, dan Mino meninggalkan agensi itu dan bersama YG Entertainment, di mana beliau memulakan debut sebagai ahli kumpulan WINNER.

iumino winnersuga BTSv bts
https://lomp.at/kk6eq
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Bollywood

VIDEO Wajah Terkini Aktres Bollywood Buat Ramai Terdiam, Rani Mukerji Paling Mengejutkan

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Sebuah video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @bollywood_deo baru-baru ini menarik perhatian peminat Bollywood apabila memaparkan wajah terkini pelakon...

Read moreDetails
Lokal

Abby Abadi Persoal Netizen Yang Marah Selepas Norman Hakim ‘Settle’ Hutang Mas Kahwin?

by Naddy Joe
January 5, 2026

Pelakon, Abby Abadi sebelum ini membuat perkongsian di media sosial mengenai bekas suaminya yang juga pelakon, Norman Hakim yang baru...

Read moreDetails
Berita

Shima Anuar & Suami Tuntut Hutang RM1.5 Juta!-“Suami Artis Ada, Pegawai Tinggi Kerajaan…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pelakon, Shima Anuar tampil membuat tuntutan hutang terhadap pihak terlibat yang mencecah RM1.5 juta. Shima atau nama penuhnya Noor Hashimah...

Read moreDetails
Lokal

Ibu Jatt Ali Meninggal Dunia-“Ternyata Allah Lebih Menyayanginya..”

by Naddy Joe
January 8, 2026

Penyanyi, Jatt Ali berkongsi khabar duka mengenai ibunya, Hajaz Zainah yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Khamis. Khabar duka...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Diyana Halik Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Aaron Aziz Yang Ke-50

by Naddy Joe
February 24, 2026

Perkongsian isteri kepada aktor kelahiran Singapura, Diyana Halik iaitu Aaron Aziz mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen kejutan hari lahir...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore