Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

4 Fakta Menarik Mengenai Aplikasi Terbaru Spotify Lite

by Phic ARMAN
July 9, 2019
Share on Facebook

Muzik sepatutnya dinikmati oleh semua, tanpa mengira tahap liputan rangkaian, pelan data, mahupun jenis peranti yang digunakan. Sebab itulah hari ini, kami secara rasminya memperkenalkan Spotify Lite.

Spotify Lite merupakan versi aplikasi Spotify yang lebih ringan, pantas, dan ringkas. Aplikasi ini menawarkan pengalaman muzik yang tiada tandingannya serta berfungsi sama seperti aplikasi Spotify yang utama.

Anda tetap boleh mencari dan memainkan lagu serta artis kegemaran anda, menyimpannya, berkongsi dengan orang lain, menerokai muzik baru, dan menikmati senarai lagu yang disusun khas untuk anda.

Bezanya, Spotify Lite direka dengan sedikit ciri-ciri khas yang menjadikannya sesuai untuk sistem operasi dan peranti lama.

“Berdasarkan maklum balas pengguna di seluruh dunia, Spotify Lite direka untuk membolehkan berjuta lagi pengguna menikmati pengalaman muzik terbaik di dunia. Ini terutamanya sesuai bagi mereka yang berada di kawasan liputan jalur lebar yang rendah atau pengguna peranti dengan ruang storan terhad,” kata Kalle Persson, Pengurus Kanan Produk di Spotify.

Berikut adalah fakta penting mengenai Spotify Lite:

  • Ringan dan pantas – aplikasi ini hanya bersaiz 10MB.
  • Menjimatkan Data – berguna apabila liputan rangkaian tidak menentu, kesukaran mendapatkanperkhidmatan internet ketika dalam perjalanan, atau jika anda memilih untuk tidakmenggunakan terlalu banyak data mudah alih.
  • Muat turun aplikasi Spotify Lite secara berasingan – boleh didapati untuk semua penggunaSpotify Premium dan Percuma, serta boleh digunakan secara seiring atau berasingan daripada aplikasi Spotify utama dalam semua peranti Android 4.3 (Jelly Bean) atau versi yang lebih tinggi.
  • Spotify Lite boleh didapati dalam 36 pasaran* Google Play – termasuk Malaysia, Indonesia, Filipina dan Vietnam. Lebih banyak pasaran dan ciri-ciri bakal menyusul dalam usaha kami untuk terus membuat penambahbaikan ke atas pengalaman Spotify Lite.

Maka, anda tidak lagi perlu bimbang soal data dan dapat memberi tumpuan untuk mencari lagu kegemaran anda yang seterusnya. Anda juga tidak perlu bimbang kekurangan ruang storan, Spotify Lite membolehkan anda mengawal cache anda, dan mengosongkannya dengan hanya satu sentuhan sahaja.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Samsung Malaysia
Teknologi

Khas Untuk Rakyat Malaysia, Rai Hari Merdeka Dengan Ganjaran & Rebat Sehingga RM2600 Dari Samsung!

by Nurul A.
July 10, 2026

Sempena Merdeka ini, Samsung Malaysia Electronics meraikan semangat kebersamaan dengan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menjadikan Samsung sebagai...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Di Sebalik Mahkota Taanusiya Chetty, Ada Kisah Yang Tak Ramai Tahu

  5. 5

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara