• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Dari Kes Nyaris Dibeli Amazon Hingga Video Porno, 4 Fakta Netflix Yang Mengejutkan!

by Phic ARMAN
September 24, 2019
Share on Facebook

Siapa sangka individu terkaya di dunia dan pengasas Amazon, Jeff Bezos  pernah membuat tawaran untuk membeli aplikasi Netflix pada tahun 1998. Maklumat ini diperolehi dari pengasas Netflix , Marc Randolph yang dilaporkan oleh CNBC Make It.

Dalam artikel tersebut, Randolph berkata, Bezos ingin bertemu dengan pengasas aplikasi Netflix Reed Hastings dan dirinya sendiri. Pertemuan itu disambut dengan baik oleh dua pengasas Netflix.

Marc Randolph, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif pertama Netflix, Kredit: Paul Riedmiller

Dari mesyuarat itu, Randolph dan Hastings dimaklumkan mengenai usaha Bezos untuk mengembangkan Amazon menjadi sebuah kedai dalam talian yang menyediakan berbagai-bagai produk. Salah satu usaha untuk merealisasikan rancangan itu ialah membeli Netflix.

Walaubagaimanapun, kedua-dua pengasas aplikasi Netflix tersebut sebulat suara menolak tawaran Bezos selepas mengambil kira dalam beberapa hal. Ketika itu, kedua-dua mereka sedar penolakkan itu membuatkan Netflix akan bersaing dengan Amazon di kemudian hari.

Walau bagaimanapun, keputusan Randolph dan Hastings untuk mengekalkan perkhidmatan penstriman video akhirnya berjaya. Pada masa ini, Netflix berada dalam barisan syarikat internet terbesar di dunia.

Oleh itu, kami ingin kongsikan kepada anda beberapa fakta mengenai aplikasi Netflix untuk menjadi perkhidmatan yang paling popular di dunia, termasuk di Malaysia.

Ditubuhkan pada tahun 1997

Ketua Pegawai Eksekutif Netflix.com Reed Hastings duduk di sebuah raga yang penuh dengan DVD yang akan dihantar kepada pembeli pada 29 Januari 2002 di San Jose, CA. – Foto Kredit: Justin Sullivan / Stringer

Lahirnya Netflix & Amazon hanya selisih tiga tahun. Amazon diasaskan oleh Jeff Bezos pada tahun 1994, sementara Netflix diasaskan oleh Randolph dan Hastings pada tahun 1997.

Sekarang kedua-dua syarikat itu menjadi sebuah perniagaan gergasi di dunia internet. Pendapatan tahunan yang dicatat oleh dua syarikat internet bukan main besar lagi.

Amazon pada 2018 diketahui mencapai pendapatan AS$ 232.9 bilion, manakala Netflix pada 2018 mencecah AS$ 15.79 bilion.

Lebih Tua Dari Google

Google dicipta pada tahun 1998, pada 4 September di Amerika Syarikat sedangkan Netflix telah wujud sejak 29 Ogos 1997. Pada masa itu, mereka hanya menyediakan perkhidmatan menyewa DVD  dan berlangsung sehingga 2007 dan kemudian mereka mengumumkan ia akan menjadi perkhidmatan streaming video.

Silap Hantar Video Porno

Mitch Lowe, CEO MoviePass

Ada sesuatu diluar jangkaan pernah berlaku Netflix pada suatu ketika dahulu pada tahun 1998. Hal ini ini telah didedahkan oleh CEO MoviePass, Mitch Lowe di mana pihaknya pernah tidak sengaja menghantar filem porno kepada beribu-ribu pengguna Netflix.

Lowe adalah salah seorang pengasas bersama Netflix, dan menceritakan kisah lucu tentang bagaimana kecuaian yang membawa malang itu berlaku pada hari-hari awal penubuhan syarikat tersebut, seperti yang dilaporkan oleh Page Six.

“Kami tak sengaja menghantar beratus-ratus video lucah kepada mereka! Kami memberitahu pelanggan kami untuk menghantar DVD itu kembali – tiada siapa yang melakukannya,”- katanya.

Pada awalnya Netflix menawarkan video rakaman Presiden Bill Clinton memberi keterangan mengenai penglibatannya dengan Monica Lewinsky. Tetapi video tersebut bercampur aduk video lain sehingga berlakunya kesilapan. Akibatnya, beratus pelanggan mendapat DVD lucah dari China.

Dilaporkan mempunyai 150 juta pelanggan berbayar di seluruh dunia

Popularitinya di seluruh dunia telah menjadikan aplikasi Netflix memiliki pelanggan sehingga 151 juta subscribers atau pelanggan. Bilangan pelanggan terus berkembang dari tahun ke tahun.

Pada suku pertama 2019 seperti yang dilaporkan oleh CNN, Netflix mendapat tambahan 9.6 juta pelanggan baru.

Daripada 151 juta pelanggan, sekitar 60.2 juta diketahui datang dari luar Amerika Syarikat. Peningkatan bilangan pelanggan aplikasi streaming mula dilihat pada tahun 2012 yang berada dalam lingkungan 20 juta pelanggan.

Kepelbagaian program yang disajikan dan banyak tayangan oleh Netflix memberi petunjuk baru yang bahawa kemungkinan bilangan pelanggan akan meningkat dengan pesat.

Adakah anda di kalangan yang melanggan perkhidmatan aplikasi streaming ini?

https://lomp.at/2qltv
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

by Iffah Najwa
January 14, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa menemui serpihan seperti logam di dalam makanan...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

by Farah Fatihah
January 18, 2026

Bila dengar nama negeri Selangor, ramai terus teringat "shopping mall" yang besar, jalan sesak dan suasana bandar yang sibuk. Tapi...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Taman Botani Shah Alam: Ini 9 Aktiviti & Spot Unik Yang Anda Wajib Singgah

by Farah Fatihah
January 11, 2026

Taman Botani Shah Alam merupakan salah satu destinasi rekreasi yang popular di Selangor. Terletak di tengah bandar, taman ini menawarkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

  2. 2

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  3. 3

    “Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

  4. 4

    Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

  5. 5

    Taman Botani Shah Alam: Ini 9 Aktiviti & Spot Unik Yang Anda Wajib Singgah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore