Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

4 Fakta Tentang Aktor “Parasite” Lee Sun Kyun Yang Ditemui Meninggal Dunia Dalam Kereta

by Soph Azz
December 28, 2023
Foto - Super Fest Film

Foto - Super Fest Film

Share on Facebook

 Rest in peace Lee Sun Kyun.

Sekiranya kamu tidak tahu, aktor Korea Selatan iaitu Lee Sun Kyun yang terkenal dengan wataknya dalam filem pemenang Oscar “Parasite”; ditemui meninggal dunia semalam (27/12/2023) di sebuah taman rekreasi.

Polis menemui Lee Sun Kyun dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta sebelum mengesahkan aktor itu telah meninggal dunia.

Berikut Miss Murai kongsikan 5 fakta tentang kematian aktor Lee Sun Kyun.

#1 Isteri melaporkan kehilangannya 

Foto – Super Fest Film
Agensi berita Yonhap menyatakan isteri Lee Sun Kyun, Jeon Hye Jin membuat panggilan kepada polis pada hari yang sama, melaporkan kehilangannya pada pukul 10:12 pagi. Selepas itu, polis menemui aktor tersebut di dalam kereta pada pukul 10:30 pagi.

#2 Meninggalkan surat ‘bunuh diri’

Sebelum keluar dari rumah, Lee Sun Kyun dilaporkan sempat meninggalkan sepucuk surat yang kelihatan seperti nota membunuh diri.

Foto – Sport Chosun

“Tidak boleh menahannya. Saya rasa ini satu-satunya cara” –  surat Lee Sun Kyun.

#3 Ada peluru di tempat duduk penumpang 

Ketika dijumpai oleh polis di Waryong Park, Seoul, Lee Sun Kyu ditemui bersama beberapa butir peluru yang berada di tempat duduk penumpang. Polis memberitahu, pihak mereka masih menyiasat dari mata asal peluru tersebut.

Foto – Daily Mail

#4 Polis jumpa briket arang 

Selain daripada peluru, polis turut menemui bukti briket arang yang menyala di dalam kereta Lee Sun Kyun. Polis mendedahkan bukti ini menunjukkan bahawa kematian aktor ini mungkin atas niat bunuh diri.

Sekadar info untuk kamu, pada Oktober tahun ini, Lee Sun Kyu telah disiasat oleh polis atas tuduhan menggunakan dadah dan kepurusan selepas ujian adalah negatif.

Salam takziah pada keluarga Lee Sun Kyun!

filem parasitelee sun kyunlee sun kyun parasiteparasite
https://lomp.at/0cszy
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore