Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

4 Gambar Lee Jung Jae (Squid Game) Bersama Artis Terkenal

by Jash Lee
January 1, 2022
Share on Facebook

Populariti drama bersiri Netflix, Squid Game telah berjaya melonjakkan nama beberapa barisan selebriti yang berperanan membawakan watak dalam drama tersebut. Ini termasuklah Lee Jung Jae.

via Ig

Dalam Squid Game, Lee Jung Jae adalah pelakon utama yang membawakan watak sebagai Seong Gi Hoon. Dengan bakat dan kemahiran lakonannya yang mantap, kini pelakon yang lahir pada 1972 ini sedang menikmati populariti yang sangat luar biasa di mata dunia.

Lee Jung Jae juga telah berjaya membuatkan dirinya menjadi idola di dunia, malah artis terkenal juga ramai yang ingin bergambar dengannya. Antaranya Leonardo DiCaprio, V BTS dan ramai lagi. Berikut kami kongsikan 4 gambar Lee Jung Jae bersama selebriti terkenal lain buat tatapan pembaca. Jom kita tengok!

1. Leonardo DiCaprio

via Ig

Lee Jung Jae sewaktu menghadiri Gala Art+Film LACMA di Los Angeles yang telah diadakan pada November 2021 yang lalu. Bintang filem Assassination itu kelihatan sangat memukau dengan padanan lengkap sut berwarna putih.

Tidak lama selepas acara itu berlangsung, Lee Jung Jae mengejutkan peminat dengan berkongsi fotonya bersama bintang terkemuka Hollywood iaitu Leonardo DiCaprio. Pertemuan dua pelakon terkenal dan kacak itu telah berjaya mencairkan hati peminat.

Walaupun dikenali sebagai pelakon veteran, namun ramai peminat tidak terlepas untuk ingin tahu tentang bagaimana Leonardo DiCaprio yang sangan popular sebagai Jack dalam filem Titanic begitu bertuah dapat berjumpa dengan Lee Jung Jae.

Lee Jung Jae sebenarnya dua tahun lebih tua daripada Leonardo DiCaprio, tetapi peminat mengatakan bahawa bintang Squid Game itu kelihatan lebih muda dengan penampilan yang menakjubkan dan juga kulit yang sempurna.

2. Elle Fanning

via Ig

Selain Leonardo DiCaprio, pelakon jelita Elle Fanning juga turut berpeluang berswafoto bersama Lee Jung Jae. Bintang filem Maleficent: Mistress of Evil itu juga dengan bangga berkongsi gambar tersebut di instagram.

Semasa malam Gala Art+Film LACMA, Elle Fanning sangat teruja untuk berswafoto bersama semua pelakon dalam Squid Game. Ini jelas menunjukkan betapa besar pengaruh dan populariti pelakon-pelakon drama bersiri Netflix tersebut.

Semasa muncul di Jimmy Kimmel Show, Elle Fanning hanya bercakap tentang bagaimana terujanya dia untuk bertemu dengan para pelakon Squid Game. Elle juga mengatakan bahawa dia adalah salah seorang peminat setia  Squid Game dan dia juga mengajak kawan-kawannya yang lain untuk menonton drama bersiri tersebut. Dia merasakan rancangan Squid Game adalah sebuah drama bersiri tentang pertandingan untuk mempertaruhkan nyawa dan ianya sangat menarik.

Elle Fanning mengakui dia sangat gembira apabila dapat berswafoto bersama mereka.

3. Jeannie BLACKPINK

via Ig

Lee Jung Jae dan Jeannie BLACKPINK juga berjumpa di malam Gala Art+Film LACMA. Pelakon itu juga telah mengabadikan kenang berswafoto bersama Jeannie di akaun instagram miliknya.

Pada pandangan pertama, Lee Jung Jae dan Jeannie nampaknya tidak mempunyai apa-apa persamaan kerana mereka aktif dalam industri yang berbeza. Tetapi apa yang menariknya, kedua-dua selebriti ini mempunyai hubungan istimewa tentang kisah asal nama Jeannie.

Semasa muncul di Knowing Bros JTBC yang lalu, Jeannie mendedahkan bahawa ibunya adalah salah seorang peminat Lee Jung Jae dan menamakan dirinya Jeannie kerana bunyinya hampir sama dengan Jae Hee iaitu nama watak Lee Jung Jae dalam HourGlass. Menarik bukan?

4. V BTS

via Ig

Lee Jung Jae sekali lagi telah membuat peminat merasa sangat teruja apabila dia telah berkongsi gambar selfienya bersama dengan V BTS. Walaupun mereka tidak memberikan sebarang kapsyen, gambar selfie Lee Jung Jae dan V BTS sudah cukup mengundang kekecohan di media sosial. V juga adalah salah seorang penonton setia rancangan bersiri Squid Game.

Semasa encore di salah satu konsert BTS di Los Angeles satu masa dahulu, V telah berpakaian seperti pengawal dalam rancangan Squid Game. Pemilik nama Kim Taehyong itu telah mengenakan seragam merah ikonik mereka dan perkara itu telah berjaya menarik perhatian Netflix.

Selepas pertemuannya dengan Lee Jung Jae, ramai yang berharap V akan menyertai Squid Game untuk Musim Ke-2 nanti. Walaupun aktif sebagai penyanyi, V juga pernah menunjukkan bakatnya dalam lakonan untuk drama Hwarang pada tahun 2016 lalu.

Hebat bukan? Selepas ini, adakah Lee Jung Jae akan membuat kejutan dengan berswafoto bersama artis yang lain pula. Agaknya siapa lagi? Kita tunggu dan lihat.

leejungjae
https://lomp.at/6d2hx
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Siti Nurhaliza Titip Rasa Syukur Dijemput Ke Majlis Tadabbur Di Istana Selangor

by Naddy Joe
February 16, 2026

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan rasa syukur apabila berpeluang menghadiri Majlis Tadabbur Al-Quran di Istana Selangor, Kuala Lumpur,...

Read moreDetails
Musik

Kumpulan Baharu Inferno3 Muncul Dengan Single Debut Berjudul ‘Money

by Phic ARMAN
January 25, 2026

Industri muzik tempatan makin meriah dengan kehadiran Inferno3, trio remaja berbakat terdiri daripada Hannis (15), Hannah (17) dan Eva (17)....

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Foto - @austinskyyyy (X)
Hollywood

[VIDEO] Aksi Selena Gomez Cium Kaki Suami Buat Peminat Rasa ‘Kembang Tekak’

by Nurul A.
March 4, 2026

Nama penyanyi Selena Gomez dan penerbit rekod Benny Blanco menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial selepas penyanyi...

Read moreDetails
Lokal

“Saya Simpan Duit Untuk Buat Lagu Raya…”-Aisha Retno

by Naddy Joe
March 4, 2026

Penyanyi, Aisha Retno memberi respon terhadap salah seorang ahli kumpulan Floor 88, Eric Fuzi yang menitipkan pesanan kepada artis baru...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore