Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

4 ‘Idol’ Bakal Bersaing Dengan 24 Penyanyi ‘Rookie’ Ini !

by Khai Azfar
October 19, 2020
Share on Facebook

Buat pertama kalinya dalam sejarah, program realiti terbaharu berjudul Vokal Mania bakal menyaksikan persaingan antara penyanyi professional (idol) dengan penyanyi amatur (Rookie).

Pertarungan Antara Idol Dan Rookie

Menariknya lagi, format program ini menampilkan 24 orang penyanyi Rookie akan bertanding dengan empat orang penyanyi Idol terdiri daripada Aina Abdul, Indah Ruhaila, Lan Solo dan Tomok. Setiap persembahan kesemua penyanyi idol dan amatur akan dinilai 100% oleh juri tetap, Misha Omar dan Yusry Abdul Halim.

Difahamkan, penonton di rumah boleh mengundi Rookie untuk anugerah ‘Rookie Star Award’ dalam setiap episod melalui www.xtra.com.my/vokalmania. Peratusan undian Rookie Star Award adalah 70% daripada undian awam, dan 30% daripada penilaian juri tetap.

Enam Episod 

Kesemua Rookie ini akan dibahagikan kepada enam episod di mana setiap episod akan memperlihatkan seramai empat orang Rookie membuat persembahan dan berentap dengan keempat-empat Idol secara solo dan duet demi mengumpul mata. Hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 menanti setiap Rookie yang berjaya menewaskan Idol masing-masing dalam setiap pertarungan. Pada pentas akhir nanti, hanya 1 Idol dan 1 Rookie akan dinobatkan sebagai juara bagi kategori masing-masing.

Vokal Mania bakal bersiaran bermula 24 Oktober 2020 , setiap hari Sabtu, pada pukul 9 malam, di TV3. 

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Idol Vokal ManiaPeserta Vokal ManiaVokal Mania
Share4Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara