Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

4 Perdana Menteri Sepanjang Menjadi Agong, Pengakuan Sultan Abdullah Ini Mengejutkan Rakyat- “Masyallah. Daulat Tuanku”

by Phic ARMAN
January 30, 2024
Share on Facebook

Laungan azan yang syahdu bergema di Istana Negara pagi ini, mengiringi keberangkatan balik Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 hari ini.

4 Perdana Menteri

Dipetik dari Harian Metro, dalam titah,  baginda mengimbau kembali kenangan manis serta pengalamannya sepanjang 5 tahun menjadi Agong.

“Detik pertama saya masuk Istana Negara memberi pengalaman agak manis apabila diingat semula.

Ini kerana saya masuk ke jawatan yang saya sendiri tidak pasti apa peranannya. Ketika dilantik, saya baru 15 hari menjadi Sultan Pahang. Banyak perkara yang saya masih tak tahu dan kemudian terus dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong. Memang ia agak sukar bagi saya kerana tiada pengalaman, tetapi saya belajar perlahan-lahan.

“Ditambah dengan empat Perdana Menteri yang ada sepanjang lima tahun saya menjadi Agong. Siapalah saya dibandingkan dengan mereka yang berpengalaman, tetapi saya banyak bertanya, belajar dan membaca,” titah baginda pada sesi bersama media di Istana Negara.

Tidak Mengambil Gaji

Dalam ucapannya, baginda mengakui tidak mengambil gaji Yang di-Pertuan Agong sepanjang lima tahun memerintah negara.

Baginda yang peka dan responsif terhadap keperluan rakyat juga mendapat penghargaan tinggi. Dalam ruangan komen, banyak dijumpai komen tentang bagaimana Agong dengan cepat bertindak terhadap isu-isu penting. Malah baginda memberikan perhatian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat.

“Selepas bulan Januari ini, mungkin saya bukan lagi Raja kepada Malaysia, tapi jika diizinkan, hasrat saya ialah untuk menjadi Raja di hati anda semua.”

Demikian titah baginda yang berangkat pulang ke Kuantan hari ini sebagai Sultan Pahang. Susulan itu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan akan bersemayam selama lima tahun, berkuat kuasa 31 Januari ini.

@malaysiagazette

Amanat KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Majlis Santapan Negara sempena tamat tempoh pemerintahan Yang di-Pertuan Agong pada 27 Januari 2024 yang lalu. Video: Istana Negara #malaysiagazette #YDPA #Agong #IstanaNegara

♬ original sound – malaysiagazette – malaysiagazette

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
AgongAl-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara