Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

5 Artis Bollywood Yang Berpuasa Bersama Dengan Pasangan Berbagai Agama

by Jash Lee
April 24, 2021
Share on Facebook

Banyak sebenarnya artis terkenal Bollywood yang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan walaupun terdapat perbezaan agama dalam keluarga dan pasangan mereka. Tetapi mereka masih tetap menjalani rukun Islam kedua ini dengan sempurna. Berikut kami senaraikan antara 5 artis Bollywood yang berpuasa bersama dengan pasangan mereka yang berbeza agama. Jom kita tengok!

1. Shah Rukh Khan & Gauri Khan

via India TV

Raja Bollywood, Shah Rukh Khan aka SRK dilahirkan dalam keluarga Muslim di New Delhi.  SRK telah berkahwin dengan pasangannya, Gauri Chibber yang beragam hindu. Mereka melangsungkan perkahwinan dalam dua adat yang berbeza. Pertama, mengikut tradisi Islam yang berlangsung pada 26 Ogos 1991 dan satu lagi mengikut tradisi Hindu pada 25 Oktober 1991.Menurut Shah Rukh Khan lagi, dia dan isterinya hidup bahagia walaupun mereka mengikut kepercayaan yang berbeza. Apa yang lebih menarik, Shah Rukh Khan tetap mengajar anak-anaknya mengenai Al-Quran dan mengajak mereka untuk memeluk Islam. Walaupun satu keluarga berbeza agama, namun SRK tetap berpuasa di bulan Ramadhan.

2. Aamir Khan & Kiran Rao

via postdekho.com

Aamir Khan yang dilahirkan sebagai seorang Muslim dan nama sebenarnya adalah Mohammed Aamir Hussain Khan dan dia telahpun menjalani ibadah haji bersama ibunya, Zeenat pada tahun 2013. Manakala isterinya pula, Kiran Rao adalah seorang penganut agama Hindu. Mereka telah bernikah pada 28 Disember 2005 dan enam tahun kemudian, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki, Azad Rao Khan. Walaupun terpaksa menjalani ibadah puasa sendirian kerana isterinya yang beragama Hindu, namun itu tidak menghalang Aamir Khan untuk terus menunaikannya dengan sempurna.

3. Shaheer Sheikh & Ruchika Kapoor

via zoomtventertainment.com

Bintang filem ‘Mahabarat’ ini dilahirkan dalam keluarga Islam yang dikatakan pernah mempunyai hubungan bersama seorang artis Indonesia iaitu Ayu Ting Ting. Namun, apa yang lebih mengejutkan peminat apabila dia telah bernikah secara rahsia pada akhir tahun 2020 dengan Ruchika Kapoor dan merupakan seorang penganut agam Hindu. Dalam satu wawancara bersama portal hiburan, SpotboyE, Shaheer menjelaskan bahawa perkahwinannya telah berlangsung demi menjaga privasi. “Saya  seorang yang sangat sensitif, sentimental dana sentiasa menjaga peribadi secara peribadi.” katanya.  Shaheer juga akan menjalankan ibadah puasa setiap kali bulan Ramadhan.

4. Saif Ali Khan & Kareena Kapoor

via theasianpost.co.uk

Saif Ali Khan yang telah berkahwin bersama pasangannya, Kareena Kapoor pada 16 Oktober 2012 selepas 5 tahun menjalinkan hubungan percintaan.  Sebelum mengahwini Kareena Kapoor, Saif Ali Khan juga telah berkahwin dengan Amrita Singh pada tahun 1991, namun rumahtangga mereka berakhir dengan penceraian pada tahun 2004.

Saif Ali Khan yang mula terkenal melalui filem yang berjudul ‘Hum Tum’ dibesarkan dalam ajaran Islam dan dia juga diajar untuk tidak membeza-bezakan agama. Ini kerana dalam keluarganya juga mempunyai perbezaan agama kerana ibunya, Shamila Tagore adalah seorang Hindu manakala ayahnya pula, Mansoor Ali Khan Pataudi adalah seorang Muslim dan isterinya Kareena Kapoor juga adalah seorang penganut agama Hindu. Hasil dari perkahwinan bersama Kareena, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata.

5. Soha Ali Khan & Konal Keemu

via happywedding.app

Soha Ali Khan adalah seorang pelakon yang memulakan kariernya  menerusi filem romantik komedi ‘Dil Maange More (2004)’. Soha juga adalah adik kepada pelakon  Saif Ali Khan. Soha dibesarkan dengan ajaran Islam manakala pasangannya, Konal Keemu adalah penganut agama Hindu.

aamirkhanartisbollywoodpasanganberbezaagamaRamadhansaifalikhanshahrukhkhan
https://lomp.at/70j8t
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Diyana Halik Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Aaron Aziz Yang Ke-50

by Naddy Joe
February 24, 2026

Perkongsian isteri kepada aktor kelahiran Singapura, Diyana Halik iaitu Aaron Aziz mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen kejutan hari lahir...

Read moreDetails
Foto - @nabilzira (IG)
Lokal

Dakwa Ada Pihak Iri Hati, Nabil Ahmad Tegas Hubungan Baik Dengan Fazura

by Nurul A.
February 26, 2026

Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad menjadi perhatian ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa hubungannya dengan aktres Nur Fazura...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore