• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

5 Destinasi Air Terjun Menarik Di Malaysia, Ada Yang Tertinggi Di Asia Tenggara

by Rory Kim
November 28, 2022
Share on Facebook

Riadah adalah senaman atau menggerakkan semua anggota tubuh badan dengan cara-cara tertentu. Banyak aktiviti riadah yang boleh diamalkan seperti berkelah atau bersantai yang tidak memakan masa yang lama dan mudah untuk dilakukan. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih yang bermaksud jika kita berusaha untuk memberikan masa melakukan aktiviti riadah nescaya kita akan berbangga dengan hasil usaha kita di waktu bersama yang tersayang.

1) Air Terjun Serendah

Air Terjun Serendah atau Serendah Waterfall merupakan salah satu tempat tumpuan untuk dilawati ketika hujung minggu. Lokasi air terjun ini terletak di Serendah, daerah Hulu Selangor.

Air terjun Serendah merupakan tempat tumpuan bagi yang berkeluarga dan juga anak muda kerana lokasinya berdekatan ibu kota Kuala Lumpur iaitu lebih kurang 35km dari Kuala Lumpur malah senang dilawati dengan kereta dan motosikal.

2) Air Terjun Jeram Tinggi Jementah Segamat

Air Terjun Jeram Tinggi Jementah terletak berhampiran bandar Jementah di daerah Segamat Johor, kawasan perkelahan Jeram Tinggi merupakan salah satu air terjun yang terdapat di sekitar kawasan Taman Negara Johor Gunung Ledang selain Air Terjun Gunung Ledang di Sagil dan Air Terjun Asahan di Asahan, Johor. Namanya tak sepopular dua air terjun berkenaan yang lebih besar, tapi tempat ni juga tak kurang menariknya untuk dikunjungi bersama keluarga.

3) Air Terjun Jelawang, Dabong, Kelantan

Air Terjun Jelawang dengan ketinggian 303 meter dari aras laut. Air Terjun ini dikatakan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara. Kalau mendaki, memang akan lalu sepanjang air terjun ni.

Pada sesiapa yang tak berniat untuk mendaki ke puncak Gunung Stong atau Gunung Ayam, cukup juga untuk berkelah di bawah atau hiking sampai ke puncak Air Terjun Jelawang. Atau alternatif, boleh juga berkhemah di puncak Air Terjun Jelawang kat Kem Baha. Perjalanan untuk sampai ke Kem Baha lebih kurang 3 jam sekiranya jalan santai.

4)Air Terjun Lata Bayu, Baling Kedah

Air Terjun Lata Bayu merupakan air terjunnya terjaga elok dan pelbagai kemudahan disediakan di sekitarnya seperti tapak perkhemahan, restoran, surau serta bilik persalinan. air terjun ini merupakan air terjun yang menarik dengan ketinggian 20 meter dan membentuk kolam semulajadi yang dikenali sebagai Lubok Lesung.

Pemandangan hutan lipur ini adalah berbukit bukau dan terdapat denai sepanjang 5 km menuju ke Bukit Tok Bidan. Terdapat pelbagai flora dan fauna yang boleh ditemui di kawasan ini seperti Meranti Seraya, Meranti Tembaga, Meranti Melantai, Terap Keledang dan Bintangor.

5) Lata Tebing Tinggi Perak

Lata Tebing Tinggi adalah salah satu air terjun di Malaysia yang mesra percutian. Anda boleh bermandi-manda di sini bersama keluarga terutamanya anak-anak kerana kawasan ini selamat dan mudah. Terdapat juga chalet dan penginapan yang disediakan di sini khas untuk anda yang datang dari jauh dan ingin bercuti.

visit malaysia
https://lomp.at/hdqhw
Share4Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Jalan-Jalan

Peluang Emas Naik Disney Cruise Bersama Shah Rukh Khan

by Phic ARMAN
February 2, 2026

Kalau anda peminat Disney, ini berita panas dari laut! Disney Cruise Line baru saja umumkan satu pengalaman baharu yang super...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Misteri Kepala Medusa Mengiring ‘Disembunyikan’ Di Bawah Hagia Sophia Selama 1,500 Tahun

by Phic ARMAN
January 6, 2026

Bulan November 2025 lalu, Istanbul menyambut rombongan media Malaysia dengan tangan terbuka… dan sedikit kabus misteri. Kami tiba dengan penerbangan...

Read moreDetails
Destinasi

Buffet Ramadan Di LEGOLAND Hotel Hidang Lebih 200 Menu Pikat Seisi Keluarga

by Ayu Kamaruddin
January 29, 2026

Bila sebut buffet Ramadan, kebiasaannya orang akan cari yang lengkap, selesa dan sesuai untuk seisi keluarga. Menariknya tahun ini, LEGOLAND...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Jom Intai 7 Destinasi Salji Terbaik Di Asia Yang Boleh Dikunjungi Selepas Tamatnya Pandemik

by Aphit J.
January 3, 2021

Sebenarnya, negara-negara bersalji di Asia tidak kurang indahnya jika dibandingkan dengan negara-negara di Eropah dan Amerika. Berikut adalah 7 destinasi...

Read moreDetails
HotList

5 Tempat Melihat ‘View Sunset’ Terpaling Cantik Di Sekitar Kuala Lumpur

by Haz Haan
November 18, 2022

Matahari terbenam adalah fenomena alam semula jadi yang berlaku setiap hari dari kira-kira 7:00 hingga 7:30 p.m dan juga salah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    [VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore